“smooth like butter…”
Jenama sukan Singapura, butter. memperkenalkan pakaian aktif merangkumi saiz yang pelbagai untuk memenuhi keperluan Asia di Malaysia.
Terkenal dengan fabrik sutera lembut dan licin bergaya, butter. disesuaikan untuk pergerakan berbeza yang menyasarkan satu siri gaya hidup serba boleh. Activewear ini mempunyai saiz inklusif yang direka untuk pelbagai jenis wanita.
Rekaan Mewah Lagi Bergaya Kerana…
Tidak seperti activewear lain, butter. sangat mewah dan bergaya menampilkan dua fabrik, iaitu BaseCore™, direka untuk aktiviti intensiti tinggi, dan BaseFlex™ yang memenuhi keperluan aktiviti intensiti rendah.
- Foto – butter.
Memperkenalkan barisan bra dan seluar, direka untuk menyokong aktiviti wanita Asia dengan selesa, baik ketika masa lapang dan aktiviti berintensiti tinggi dan rendah sambil kelihatan bergaya pada masa yang sama.
IKLAN
- Foto – butter.
Nota – Kajian menunjukkan wanita Asia cenderung mempunyai underbust yang lebih kecil dan model berbanding orang Barat, dengan pinggang yang lebih kecil dan pinggul lebih lebar disebabkan faktor genetik.
Mulakan Pengembaraan butter. Dengan Koleksi Edisi Terhad
Untuk meraikan pelancaran di Malysia, butter. telah bekerjasama dengan Journey mengeluarkan koleksi edisi terhad yang akan dijual secara eksklusif di Journey Indoor Cycling Studio.
- Foto – butter.
Koleksi ini terdiri daripada produk BaseCore™ seperti V-Bra dan Classic Leggings dalam warna kuning mentega. butter. memenuhi semua saiz dari XXS hingga XXL.
Nak mendapatkan butter. boleh layari laman web mereka di butter.sg. Setiap pembelian akan disertakan dengan penghantaran percuma melebihi RM200 dan pertukaran percuma untuk saiz pada pesanan pertama kamu.