Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Disebalik Lensa Kamera, Kenali Supermodel Berstatus ‘Ibu Muda’

by Indah Aziz
August 21, 2022
Foto - Hola

Foto - Hola

22
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Status seorang ibu itu boleh jadi milik sesiapa sahaja, termasuklah mereka yang hidup dalam dunia glamour yakni supermodel. Sering menjadi perhatian umum, lincah diatas pentas peragaan dan kerap dipandang seorang yang sukakan liburan. Ternyata telahan berikut tidak semestinya benar.

Ada beberapa supermodel kembali dalam hidup realiti. DIVA cukup suka sekali apabila mereka tetap dapat mengisi masa hidup berkeluarga biarpun sibuk dan sering dimomokkan dengan dunia hiburan.

Malah ada juga supermodel dengan status ‘ibu muda’ tetap beriltizam memberi contoh kepada wanita lain. Anak dan keluarga bukan penghalang untuk berjaya tapi menambah semangat lagi!

Mari kita selidik supermodel ternama yang kini bergelar seorang ibu dan masih lagi aktif dalam kerjaya mereka.

Gigi Hadid

Tidak perlu perkenal lagi tentang Gigi Hadid, supermodel yang menghiasi mana-mana tingkap rumah fesyen mewah. Hasil hubungan bersama penyanyi Zayn Malik, mereka menyambut anak perempuan mereka kira-kira dua tahun lalu. Walaupun baru berusia 25 tahun dan saat kerjayanya sedang meningkat naik, bagi Gigi kehadiran anaknya satu perkara yang ‘awesome’.

Foto – People Magazine / Allure

Slick Woods

Model ikonik Fenty x Savage, Slick Woods melahirkan anak lelakinya selepas beberapa jam berjalan diatas pentas runway! Model berusia 26 tahun ini cukup bahagia berkongsi gambar dan coretan comel tentang anaknya di Instagram.

Foto – Essence

Jourdan Dunn

Supermodel asal British ini, menimang cahaya mata ketika baru sahaja berusia 19 tahun! Dia merupakan model kulit hitam pertama yang memperagakan Prada. Kini Jourdan lebih selesa memikul tanggungjawab sebagai ibu tunggal dan masih tidak berginjak dalam dunia modelling.

Foto – Harper’s Bazaar

Candice Swanepoel

Siapa tak kenal dengan supermodel berwajah sweet dan sering digelar Angel. Dia kini memiliki dua orang cahaya mata dan kian menumpukan perhatian kepada anak-anak. Namun, dunia peragaan tidak pernah dilupakan dan terkini dia lebih aktif memasarkan gaya model di media sosial.

Foto – Daily Mail / Vogue

Kisah mereka cukup memberi inspirasi untuk kita tetap berjaya dalam apa jua perkara yang kita minati. Jangan jadikan anak atau keluarga sebagai alasan untuk tidak terus maju kehadapan!

Tags: anak supermodelibu supermodelsupermodel mama
Share9SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Disebalik Lensa Kamera, Kenali Supermodel Berstatus ‘Ibu Muda’

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.