Teruja betul DIVA nak kongsikan lagi berita kecantikan terbaru untuk pembaca!
Buat anda yang sangat menghargai alam dan mementingkan produk dari pilihan mesra alam. Kini terdapat syampu dalam bentuk bar seperti sabun mandi. Ia sebagai alternatif untuk mengurangkan saiz pembungkusan dan menjimatkan air.
‘Solid shampoo’ juga dikenali sebagai sabun rambut atau syampu bar sama seperti syampu biasa untuk membersihkan rambut. Malah, anda boleh memilih mengikut kesesuaian masalah rambut, kulit kepala dan wangian syampu yang disediakan.
Apa yang DIVA suka dengan syampu bar, ia mudah disimpan, ringan dan dibawa kemana sahaja. Bayangkan, anda tidak akan ada lagi masalah leaking atau syampu tertumpah bila dibawa travel.
- Foto – Makeup.com
Bukan itu sahaja, syampu bar juga lebih jimat dan tahan lama. Ini kerana satu bar syampu pepejal bersamaan dua kali ganda syampur jenis cecair. Nilai pH syampu bar secara amnya sama dengan kulit.
Cara nak guna juga sangat mudah, seperti anda pakai sabun bar mandi. Hanya sediakan buih secukupnya pada telapak tangan menggunakan sedikit air. Sapu syampu pada keseluruhan rambut yang basah dan bilas jika selesai.
IKLAN
Teringin nak cuba atau bertukar kepada syampu jenis bar begini? DIVA ada cadangan…
Lush Shampoo Bar Coconut Rice Cake [RM75]
Kelebihan: Ia menghidrat rambut dengan inti pati kelapa. Jika rambut anda kering, tebal dan selalu mewarnakan rambut. Syampu ini terbaik untuk meningkatkan kelembapan rambut.
- Foto – Shopee
L’Occitane 5 Essential Oils Intensive Repair Solid Shampoo [RM60]
Kelebihan: Kaya dengan pati minyak Angelica, Ylang-Ylang, buah Oren, Lavendar dan Geranium. Gabungan semulajadi utuk membaiki rambut rosak terutamanya hujung rambut bercabang. Hasilnya rambut lebih lembut dan berkilat.
- Foto – L’Occitane
Davines Volu Shampoo Bar [RM75]
Kelebihan: Rambut nipis dan tidak bermaya boleh kembali volume, ringan dan lembut. Buih-buih yang berkrim dari syampu ini juga mengandungi bahan semulajadi hidrasi rambut.
- Foto – Sable Boutique
Sekarang nak cantik pun kena berbakti semula pada alam. Semoga lebih banyak lagi produk kecantikan yang baik pada alam sekitar. Barulah kesejahteraan bumi terjamin!