Siapa yang rajin scroll Instagram pasti akan bertemu dengan gelang Cartier yang menghiasi pergelangan tangan gadis-gadis popular media sosial. Seolah-olah gelang ini wajib disarung dan memberi gambaran mereka selayaknya mampu berada bersama kelas atasan.
Jenama Cartier bukan asing lagi bagi dunia aksesori mewah. Ia amat mudah dikenali kerana mempunyai rekaan yang unik dan sesuai dipakai untuk wanita serta lelaki.
- Foto – Grazia Daily
Apa yang menarik hati DIVA, koleksi Cartier Love Bracelet tetap menjadi idaman ramai walaupun telah diperkenalkan sejak tahun 1970. Ia kemudian menjadi gelang ikonik sempena ulang tahun ke-40 Cartier.
Koleksi LOVE Cartier mengangkat amanat cinta dan penyatuan dua hati. Kekunci skru pada setiap gelang merupakan simbol cinta yang utuh sejati.
What modern people want are love symbols that look semi-permanent or, at least, require a trick to remove. After all, love symbols should suggest an everlasting quality. – Aldo Cipullo, pereka koleksi gelang Cartier Love.
Rekaan istimewa gelang bentuk bujur ini hanya boleh ditanggalkan dengan pemutar skru khas yang disertakan bersama gelang. Skru gelang merupakan perincian utama supaya ia boleh dibuka oleh pasangan masing-masing. Ia juga digelar sebagai ‘gari cinta moden’.
- Foto – Cartier
Namun begitu, ada beberapa perkara yang kurang enak mengenai gelang ini.
IKLAN
Akibat terlalu popular, terdapat banyak gelang Love ciplak dijual dan menyebabkan pihak Cartier terpaksa menetapkan nombor siri pada setiap gelang sebagai bukti keaslian. Jadi, anda kena hati-hati kalau hendak membeli secara dalam talian atau gelang Cartier pre-loved.
Selain itu, gelang Cartier Love pernah menjadi item disenaraikan ‘masalah terbesar’ di lapangan terbang. Ini kerana ia sukar ditanggalkan apabila anda ingin melalui pengimbas badan oleh imigresen.
- Foto – Who What Wear
Dari beberapa ulasan yang DIVA baca pula, ketahanan gelang agak lemah. Ia mudah calar dan jika anda kerap menggilap ia boleh menipiskan gelang. Cartier cadangkan untuk anda gilap gelang 3 tahun sekali. Jangan khuatir, perkhidmatan menggilap disediakan oleh pihak Cartier.
Jika anda sukakan sesuatu yang sentimental dan mempunyai nilai tersendiri, gelang Love Cartier patut dijadikan koleksi anda. Bahkan, gelang ini turut menyerlahkan status wanita ‘high-class’.
Layari www.cartier.com untuk buat belian pertama anda.
Selamat membeli-belah!