Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Tak Suka Pakai Losyen? Boleh Ganti Lembapkan Tangan Dengan Produk Ini

by Indah Aziz
August 20, 2022
Foto - Madamemoiselle Province

Foto - Madamemoiselle Province

22
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bukan tak nak cantikkan kulit tangan dan jari tapi bila sapu losyen mula rasa tak selesa. Melekit, terlalu wangi dan kadang menyebabkan timbul kesan daki. Lagi yang buat DIVA tak suka dengan losyen bila ia meninggalkan kesan pada skrin telefon dan cermin. Nampak kotor pula!

Jadi puas DIVA mencari alternatif lain untuk lembapkan tangan selain guna losyen berkrim. Akhirnya, ada satu formula yang DIVA rasa serasi dan paling penting memang tidak ada rasa melekit serta berminyak pada jari.

Anda boleh bertukar kepada formulasi pelembab tangan dari jenis gel.

Tekstur gel yang ringan dan menyerap pantas ke dalam kulit tidak akan memberi rasa melekit atau meninggalkan kesan cap jari pada barang anda.

Foto – LIMA233

Malah pelembab gel merupakan formula yang tinggi dengan hidrasi kerana ia berasaskan air dan bebas dari minyak. Hasilnya ia memberi kelembaban pada kulit lebih lama berbanding losyen biasa.

Disebabkan kita sentiasa kerap mencuci tangan, pembersihan sisa-sisa produk juga amat penting. Pada pendapat DIVA, formula gel lebih mudah dibersihkan dan tidak mempunyai rasa licin pada kulit. 

Antara produk yang DIVA cadangkan untuk ada cuba sebagai pelembab tangan, jari, siku dan lutut ialah;

#1 Vaseline Healthy Brightening Gel Fresh & Radiant Rice Water 180ml [RM18.90]

Foto – Online Friday

#2 Cetaphil, Soothing Gel Cream with Aloe 85g [RM61]

Foto – Watson

#3 Neutrogena Hydro Boost Hand Gel Cream 75ml [RM29.50]

Foto – Shopee

#4 Innisfree Green Tea Pure Gel Hand Cream 50ml [RM28]

Foto – Innisfree

#5 L’Occitane Verbana Cooling Hand Cream Gel 75ml [RM95]

Foto – cnls.com

Buat anda yang baru pertama kali dengar losyen tangan versi gel. Apa kata cuba dahulu, percayalah anda akan jatuh cinta dan terus lupa losyen tangan yang biasa!

FILED UNDER pelembap tangan gelpelembap tangan terbaik
Share9SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.