Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Antara Gaya Anna Jobling Pilihan DIVA, Sesuai Dengan Taste Wanita Muda Kini

by Soph.Azz
August 19, 2022
Foto - @annajobling (IG)

Foto - @annajobling (IG)

29
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Siapa yang pernah bersua dengan Anna Jobling, pasti kamu tahu selebriti Pan-Asia ini sentiasa murah dengan senyuman manisnya. Bukan itu saja, Anna juga dikatakan antara selebriti Malaysia yang sangat peramah terutamanya dengan peminatnya. 

Entri kali ini DIVA tampilkan heroin ‘Melur Untuk Firdaus’; bersama beberapa gaya yang sesuai dengan wanita-wanita muda di Malaysia untuk beri inspirasi pada fesyen kamu!

Wanita yang sukakan gaya sofitikated dan chic, cuba kenakan shirt dress yang Anna pakai dibawah. Padankan dress tersebut bersama button vest dalam rona kontra dengan perincian tali pinggang. 

Foto – @annajobling (IG)

Gaya kasual sama ada all white atau gandingan striped t-shirt dan boot cut jeans ini sesuai kalau nak dipakai setiap hari. 

Foto – @annajobling (IG)

Bersiar-siar di kawasan yang sejuk seperti Cameron Highland, Genting Highland atau pun di Kundasang; cuba kamu gayakan semula apa yang dipakai oleh Anna. 

Foto – @annajobling (IG)

Baju kebaya memang tak pernah ada tarikh luput. Saranan DIVA, cuba gayakan kebaya yang mempunyai sentuhan moden. Daripada gayakan kain kebaya bercorak batik, cuba pilih corak polkadot sebagai pengganti. 

IKLAN

Foto – @annajobling (IG)

Semasa bercuti, penting untuk kenakan pakaian yang membawa mood tersebut. DIVA syorkan untuk kamu kenakan gaun midi atau spaghetti strap dress cetakan flora. Sama ada mahu gayakan bersama cardigan atau tidak, ikut keselesaan kamu. 

Foto – @annajobling (IG)

Sekiranya mahu tonjolkan bentuk badan atau kaki yang panjang, cuba kenakan wrap dress atau pun slit dress. Tambahkan sekali kasut tinggi untuk buatkan gaya kamu lebih stand out. 

Foto – @annajobling (IG)

Penggemar boots terutamanya chunky boots, cuba padankannya dengan gaya apa-apa pun tetap akan nampak stylish. Seperti Anna, dia memadankan chunky boots dengan seluar bercetak dan juga hot pants. 

Foto – @annajobling (IG)

Elak nampak boring bila kenakan pakaian berona gelap seperti hitam. Nasihat DIVA, gadingkan pakaian hitam kamu bersama aksesori seperti belt chains dan beg tangan berwarna terang. 

Foto – @annajobling (IG)

Psst… TC Candler menyenaraikan Anna Jobling sebagai salah satu calon 100 Most Beautiful Faces of 2022; sebaris dengan ahli BLACKPINK, Ariana Grande dan ramai lagi.

Tags: anna joblingfesyen anna joblingmelur untuk firdaus
Share12SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Antara Gaya Anna Jobling Pilihan DIVA, Sesuai Dengan Taste Wanita Muda Kini

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.