Sangat rugi kalau tak ada sekurang-kurangnya sehelai daripada koleksi edisi terhad ini!
Syarikat pakaian sukan Muslimah Malaysia, Innersejuk telah berkolaborasi dengan Malaysian Social Research Institute (MSRI) dalam melancarkan koleksi baru; The Dignity Collection.
Uniknya tentang koleksi baru Innersejuk ini, setiap tudung yang dihasilkan direka khas oleh Zahra Rezaie dan Zahra Karimi iaitu dua pelarian dari Afghanistan.
The Dignity Collection: 500 Selendang Edisi Terhad
Menerusi koleksi ini kamu boleh dapatkan selendang satin Edisi Terhad dalam 3 warna, 8 selendang satin dan 8 bawal cotton; menjadikan keseluruhan koleksi ini ada 19 tudung dalam pelbagai warna dan dari 9 motif berbeza.
- Foto – Innersejuk
500 selendang Edisi Terhad akan dijual, dan setiap satunya akan mempunyai nombor siri dan sijil yang unik.
IKLAN
Kongsi Zahra Rezaie, pelarian muda Afghanistan ini mendedahkan hasil karyanya diilhamkan oleh seni moden dan alam semula jadi di Malaysia dan Iran. Motif bunga di setiap sudut yang dihasilkannya itu menggambarkan 4 musim di Iran.
- Foto – Innersejuk
Manakala Zahra Karimi pula berkongsi rekaannya diilhamkan oleh alam semula jadi dan mengetengahkan selendang rona teal; menggabungkan pelbagai bunga serta daun bagi melengkapkan rekaan set berkenaan.
Info: Melalui program Project Dignity, Zahra Rezaie dan Zahra Karimi dipilih menjadi perantis bersama Innersejuk untuk hasilkan koleksi ini.
- Foto – Innersejuk
Untuk pengetahuan kamu, 100% keuntungan koleksi ini akan dikembalikan kepada masyarakat pelarian di bawah bantuan MSRI; membiyai pendidikan, pembangunan dan kebajikan.
The Dignity Collection ini boleh dibeli di [SINI].