Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

“Pink Venom”- Jom Cipta Semula Mekap BLACKPINK, Senang Je Caranya..

by Soph.Azz
August 19, 2022
Foto - @blackpinkofficial (IG)

Foto - @blackpinkofficial (IG)

11
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Selepas dua tahun hiatus, BLACKPINK muncul semula dengan album terbaru mereka iaitu ‘BORN PINK’. Dan apa yang membuatkan peminatnya teruja adalah penampilan baru mereka menerusi dalam poster pre-single single ‘Pink Venom’.

Berbeza daripada sebelum ini, gaya rambut dan mekap setiap ahli BLACKPINK ini nampak sangat menyerlah dan menguatkan lagi identiti mereka.

Untuk poster pertama, setiap seorang mereka tampil dengan solekan merah jambu yang lembut dan lebih manis. Manakalla poster kedua pula, mereka tampil dengan gaya gadis yang cool, misteri dan seksi.

Memandangkan hari ini pelancaran video muzik ‘Pink Venom’, DIVA nak kongsikan perincian mekap setiap ahli BLACKPINK ini untuk mudahkan kamu ikutinya nanti.

Jisoo 

Penyanyi utama BLACPINK, Jisoo memilih untuk hiaskan matanya dengan tona merah jambu paste. Dan untuk eyeliner pula, Jisoo mengenakan eyeshadow rona coklat untuk kesan semula jadi. Penampilannya dilengkan dengan bibir rona nude pink.

Foto – @blackpinkofficial (IG)

Penampilan keduanya menjadi perbualan apabila dia tampil dalam rambut hitam lurus panjang dengan bang. Mekapnya soft smokey eyes itu dilengkapkan dengan cat eye eyeliner dan glitter hitam di sudut pangkal mata. Lebih unik bahagian bibirnya dikenakan lip ring buat pertama kalinya!

Jennie 

Jennie yang tampil dengan gaya double braid itu mengenakan mekap minimalis yang mempunyai perincian khas; soft smokey eyes dipadankan dengan shimmering pink lipstick, dan bahagian kening dihiasi dengan kristal.

IKLAN

Foto – @blackpinkofficial (IG)

Penampilan Jennie untuk mekap kedua pula lebih memfokuskan pada tona kulit semula jadinya yang dipadankan dengan solekan mata berona coklat. Uniknya mekap kedua ini, bahagian tengah mukanya ditambah dengan garisan coklat, dan bibirnya pula dikenakan lip ring.

Rosé

Dengan rambut bright blonde, Rosé mengenakan monochromatic makeup; bahagian pipi, mata dan bibir dihiasi dalam warna merah jambu lembut. Bahagian keningnya disikat dengan mascara berona coklat muda, dan ditambah bulu mata palsu yang tebal untuk beri statement.

Foto – @blackpinkofficial (IG)

Untuk mekap kedua, Rosé memilih mekap minimalis; solekan mata di highlight dengan warna coklat, dan slitting eyeliner. Sudut pangkal dan hujung matanya dihiasi dengan glitter hitam; bahagian bibir pula dihiasi dengan silver metal bentuk bulat.

Lisa 

Tampil dalam gaya rambut lurus panjang dengan warna burgundy, menaikkan lagi seri dan warna kulit Lisa. Malah solekan yang dikenakan adalah minimalis; pink shimmer eyeshadow dengan garisan eyeliner yang sangat nipis. Bahagian kening pula disikat serta ditetapkan dengan gel, dan diakhiri dengan gincu merah jambu.

Foto – @blackpinkofficial (IG)

Poster kedua pula, Lisa mengenakan soft smokey eye makeup; eyeliner dilukis secara ke bawah di pangkal mata, manakala di lower lash line pula dilukis untuk beri statement. Bahagian bibirnya disetkan dengan gincu merah jambu.

Jangan lupa streaming ‘Pink Venom’ di Youtube okay?

Tags: blackpinkborn pinkpink venom
Share4SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    “Pink Venom”- Jom Cipta Semula Mekap BLACKPINK, Senang Je Caranya..

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.