Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Barulah Dark Circle Hilang Dengan Efektif Kalau Ikut Tips Ini Dengan Betul

by Soph.Azz
August 18, 2022
Foto - Who Magazine

Foto - Who Magazine

16
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bila ada orang kata dark circle ini sebenarnya menganggu penampilan seseorang terutamanya wanita, DIVA setuju sangat-sangat!

Bukan apa, penampakan dark circle boleh buatkan wajah kamu nampak sangat letih dan tidak mendapat rehat yang cukup. Akibatnya wajah tiada seri walaupun sudah ditutup dengan concealer atau color corrector.

Jadi apa yang kamu perlu buat untuk hilangkan dark circle? Nasihat DIVA, cuba gunakan krim mata setiap malam dan sebaiknya sebelum tidur. Tapi sebelum main sapu krim mata, cuba ikuti tips ini supaya kamu nampak kesannya dengan lebih cepat.

Pastikan krim mata yang dipilih sesuai dengan kulit 

Paling-paling penting sebelum guna krim mata adalah pilih yang sesuai dengan jenis kulit kerana kamu akan dapat merasai kesannya segera.

Foto – Clinique / Allure

Sekitar mata terasa terlalu berkedut, cuba pilih krim mata yang bertekstur berkrim. Jika tiada kedutan, sedikit garis halus dan mahu sekeliling mata lebih hidrasi boleh gunakan krim mata yang ringan atau jenis serum.

Foto – Kiehl’s / Cosmopolitan

Dan pastikan juga kamu kenakan krim mata ini sebelum pemakaian serum dan pelembap. Tujuannya untuk buatkan krim mata ini meresap jauh ke dalam kulit dengan lebih baik.

IKLAN

Guna dalam kuantiti yang tepat

Kulit di sekeliling mata adalah kawasan yang sangat sensitif dan mudah ‘tembus’ berbanding kawasan muka yang lain. Jadi kalau kamu gunakan dalam kuantiti yang banyak, ia tidak akan menjadi lebih berkesan ye.

Foto -Today

Setiap kali pemakaian, pastikan guna dalam kuantiti sebesar 1 biji kacang peas atau hijau.

Sapu dengan teliti 

Cara yang betul untuk sapu krim mata adalah di tiga bahagian; sudut hujung, bahagian tengah dan sudut pangkal mata.

Foto – Pinterest

Gunakan jari manis, urut perlahan-lahan dari pangkal mata hingga ke hujung. Pastikan urut dalam posisi terangkat ke atas.

Lebih efektif kalau guna dengan peranti khas

Foto – Foreo / Allure

Selain daripada guna jari, kamu juga boleh guna krim mata ini dengan aplikator yang disertakan. Atau pun kamu juga boleh gunakan peranti khas seperti pengurut mata atau jade roller.

Psst… Kalau kamu nak tahu krim mata bukan sahaja boleh hilangkan dark circle, malah kedut-kedut di mata pun boleh hilang tau!

Tags: dark circlepetua hilangkan dark circletips hilangkan dark circle
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Barulah Dark Circle Hilang Dengan Efektif Kalau Ikut Tips Ini Dengan Betul

  3. 3

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.