Girl, kenapa muka makin berminyak, penuh jerawat dan parut ni?!
Bila ditegur sebegitu, memang sebahagian besar daripada kita akan kurang keyakinan diri untuk keluar rumah atau pun berjumpa dengan orang.
Untuk atasi masalah wajah seperti di atas apa yang kamu lakukan dan produk apa yang digunakan? Jika produk sedia ada tidak berkesan, DIVA nak syorkan untuk kamu guna Siri Arang daripada Nurish Organiq Teen!
Langkah Betul Penjagaan Wajah Guna Siri Arang!
Fakta: Siri Arang ini diperkayakan dengan 5 bahan aktif; Asid Salisilik, Minyak Tea Tree, Arang Aktif & Kaolin, Bilberi Organik serta Ekstrak Buah Rosa Canina.
Siri Arang ini terbukti secara klinikal mengawal sebum berlebihan, mengurangkan jerawat sambil menenangkan kulit wajah. Manakala bahan seperti arang dan minyak tea tree pula boleh membantu mengawal penghasilan jerawat dan menyingkirkan kulit mati.
- Foto – Nurish Organiq Teen
Dengan 5x aksi anti jerawat, siri ini diperkuatkan lagi dengan tiga produk barunya; Pembersih Wajah Arang Anti Jerawat, Masker Arang Anti Jerawat dan Tea Tree Oil.
- Pembersih Wajah Arang Anti Jerawat – Pembersih arang dan tanah liat initidak keringkan kulit, sesuai untuk kegunaan setiap hari.
- Masker Arang Anti Jerawat – Bertekstur lembap dan mudah dibilas membuatkan wajah jadi lebih cerah dan bersih selepas penggunaan.
- Tea Tree Oil – Mengandungi 150,000ppm Minyak Tea Tree Australia tulen untuk kurangkan jerawat.
Dengan adanya penambahan produk baru, DIVA nak kongsikan langkah yang betul untuk kamu menjaga wajah menggunakan Siri Arang ini!
- Foto – Nurish Organiq HQ
- Pertama sekali bersihkan wajah menggunakan ‘Pembersih Wajah Arang Anti Jerawat‘ untuk membersih secara mendalam bagi mengurangkan bintik hitam, jerawat dan cela wajah.
- Kemudian tuang Penyegar Anti Jerawat di tapak tangan dan sapu untuk membantu meningkatkan penyerapan nutrien produk seterusnya.
- Untuk jerawat pula, sapukan Gel Anti Jerawat atau Tea Tree Oil di kawasan berjerawat apabila perlu sehingga ia mengecil.
- Selepas itu sapukan Pelembap Anti Jerawat Siang & Malam di muka dan leher untuk pastikan kulit kekal lembap sepanjang hari.
- Akhir sekali sapukan Masker Arang Anti Jerawat kerana ia dapat mengeluarkan sisa minyak dan bersihkan pori tersumbat.
(Psst… Untuk Masker Arang Anti Jerawat, DIVA sarankan kamu guna 1-2 kali seminggu tau!)
Nak dapatkan Nurish Organiq Teen Siri Arang ini, beli di Watsons okay?