Koleksi pelekat 8SIAN UTme! meraikan kepelbagaian budaya Malaysia sempena Merdeka dan Hari Malaysia.
UNIQLO Malaysia mengeluarkan koleksi t-shirt dan beg tote yang menunjukkan budaya dan kepelbagaian semua rakyat Malaysia. Koleksi pelekat UTme! ini dicipta dengan kerjasama 8SIAN, pencipta seni digital NFT tempatan, dan menandakan kolaborasi pertama jenama itu dengan komuniti NFT.
- Foto – UNIQLO X 8SIAN UTme!
Dengan matlamat untuk menyebarkan kesedaran tentang warisan Asia dan menghubungkan komuniti Asia dalam ruang seni digital, 8SIAN bekerjasama dengan UNIQLO dalam projek UTme!, untuk memupuk semangat perpaduan negara dalam sambutan Merdeka dan Hari Malaysia akan datang.
IKLAN
Koleksi UTme! menawarkan pilihan pelekat yang meluas dengan ciri budaya tempatan seperti Nasi Lemak – hidangan kebangsaan Malaysia, Teh Tarik – teh susu tarik Malaysia, Dim Sum – makanan dari budaya Cina, Murukku – makanan ringan orang India, Menara Berkembar KLCC – mercu tanda Kuala Lumpur, Bunga Raya – bunga kebangsaan Malaysia, dan banyak lagi.
- Foto – UNIQLO X 8SIAN UTme!
Bermula dari 22 Ogros 2022, 300 pelanggan pertama dengan sebarangan pembelian daripada koleksi UNIQLO X 8SIAN UTme! akan menerima set pin enamel eksklusif.
Untuk maklumat lanjut tentang koleksi UNIQLO X 8SIAN UTme!, sila layari laman web rasmi www.uniqlo.com/my dan Facebook Malaysia di www.facebook.com/uniqlomy.