Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Puteri Diana & Puteri Mako, 3 Perkara Yang Buatkan Mereka Seakan Sama!

by Soph.Azz
August 17, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

26
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Rasanya ramai yang tahu kehidupan setiap keluarga diraja ini sebenarnya berbeza bagi setiap negara.

Sama seperti Puteri Mako dan Puteri Diana, kedua-dua puteri ini sememangnya memiliki kehidupan yang sangat berbeza; memandangkan mereka dibesarkan dalam keluarga yang berbeza bahasa, budaya dan gaya hidup.

Tetapi di sebalik perbezaan kehidupan kedua-dua puteri ini, DIVA dapati ada beberapa perkara yang membuatkan Puteri Mako dan Puteri Diana ini seakan-akan sama. Nak tahu apakah persamaan mereka, baca di bawah;

#1 Gemar dan lebih selesa mengenakan fesyen jalanan 

Digelar sebagai trendsetter, Puteri Diana sering mengenakan oversized crew neck dan biker short. Gaya itu tak dinafikan menjadi signaturenya dan sehingga kini masih ada yang tiru gaya itu.

Foto – Pinterest

Manakala Puteri Mako pula, walaupun gayanya berbeza sedikit dengan Puteri Diana tetapi dia juga sering mengikuti trend fesyen jalanan masa kini. Puteri Mako akan memilih pakaian yang bersaiz besar, sama ada pakaian luarnya, skirt maxi atau baggy jeans.

#2 ‘Artis’ secara semula jadi 

Siapa sangka kedua-dua puteri ini sebenarnya seorang yang sangat kreatif dan berseni. Bagi Puteri Diana, dia sangat meminati tarian sehingga mempelajari semua bentuk seni tarian; jazz, balet dan tap. Minatnya ini membuatkan dia pernah melakukan duet di Royal Opera House.

Foto – Pinterest

Bagi Puteri Mako pula, minatnya terhadap seni membuatkan dia meneruskan pengajian dan lulus dengan ijazah dalam seni dan warisan dari Universiti Kristian Antarabangsa di Tokyo. Kemudian dia juga meneruskan pengajian sejarah seni di Universiti Edinburgh. Dan kini dia bekerja di Muzium Seni Metropolitan sebagai penolong kurator untuk koleksi seni Asia di New York.

BACA:  Transformasi Kristen Stewart Jadi Puteri Diana, Dari Fesyen Rambut Hingga Suara

#3 Suka libatkan diri dengan masyarakat

Puteri Diana sendiri kita sudah sedia maklum bahawa dia sangat suka bergaul dengan masyarakat. Bukan itu sahaja, Puteri Diana juga kerap menyertai aktiviti kebajikan masyarakat terutamanya semasa wabak AIDS.

Foto – Pinterest

Puteri Mako pula memiliki minat yang sama dan lebih memilih untuk tidak menonjolkan diri pada umum. Menurut sumber, Puteri Mako menjadi sukarelawan membantu rakyat selepas gempa bumi Tohoku pada 2011. Sepanjang kerja sukarelanya itu, Puteri Mako tidak mahu dikenali dengan identiti sebagai puteri.

Sangat merendah diri dan baik hati membuatkan ramai yang sayangkan kedua-dua puteri ini. Betul tak?

FILED UNDER puteri dianaputeri mako komuro
Share10SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.