Errr… Gym lips?
Memang kelakar bila bayangkan bibir kita lakukan senaman di gim. Tetapi sebenarnya gym lips adalah nama teknik dan bukannya bibir kamu lakukan senaman ye.
Teknik gym lips ini telah viral dan ramai yang sudah mencubanya. Hasil teknik ini, bibir kamu akan nampak lebih plump dan juicy. Dan paling best kamu hanya perlukan 2 langkah sahaja nak lakukannya, senang kan?
Sebelum itu pastikan kamu ada dua item bibir yang wajib, iaitu lip liner dan lip balm (atau lip gloss).
- Foto – Pinterest
- Foto – Pinterest
#1 Pertama sekali, gunakan lip liner untuk lukis di sekitar bibir. Untuk bibir yang nipis, pastikan kamu lukis di luar garisan bibir asal untuk membentuk rupa bibir yang baru dan lebih besar.
@alixandriacapparelli Not me the lips 👄 #makeup #beautyhacks #cleangirl #cleangirlaesthetic #cleangirlmakeup #cleangirllook
#2 Selepas lukis, sapukan lip balm atau lip gloss di dalam garisan lukisan tadi. Sapu berulang kali untuk hasilkan kemasan yang berkilat bagi menampakkan bibir seakan-akan plump dan juicy.
Mudah saja kan? Selamat mencuba!