Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Trend ‘Calico Bag’ Yang Minimalis, Jenis Ini Yang Selalu Orang Pilih!

by Soph.Azz
August 16, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

16
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Memandangkan dunia sedang mula mengurangkan penggunaan plastik, ramai yang mula beralih pada item fesyen minimalis iaitu calico bag.

Untuk pengetahuan kamu, calico bag adalah beg alternatif mesra alam yang ideal kepada beg plastik pakai buang. Ianya diperbuat daripada kain kapas tenunan menjadikan ia beg yang tahan lama dan sesuai untuk dipakai berulang kali.

Beg yang berwarna kuning-coklat atau putih berkrim ini boleh didapati dalam pelbagai jenis saiz dan ketebalannya pula mengikut keperluan serta berat barang dibawa.

Tips DIVA untuk mereka yang mula nak gayakan calico bag, cuba dapatkan beberapa cetakan popular dan trending ini. Barulah tak ketinggalan!

Sulaman 

Sama ada beli calico bag yang mempunyai sulaman sedia ada atau kamu sulam sendiri. Pilih sama ada calico bag yang mempunyai sulaman nama jenama, animasi atau apa-apa yang berkaitan dengan kesukaan kamu.

Foto – Pinterest

Jika kamu mahu sulam nama sendiri pun tiada masalah. Sama ada nama penuh atau panggilan, terpulang pada kamu.

IKLAN

Teks Atau Quote

Ada sesetengah orang, mereka suka kenakan calico bag yang mempunyai teks seperti mesej yang ingin disampaikan atau quote yang berkaitan dengan diri mereka.

Foto – Pinterest

Nasihat DIVA, pilih beg yang mempunyai teks atau quote yang pendek dan ringkas. Bukan apa, nanti tidaklah ternampak serabut dan ‘berat’ untuk gaya kamu.

Khas Untuk Fesyen 

Foto – Pinterest

Kalau pakai untuk berfesyen, calico bag jenis ini akan mempunyai reka bentuk yang sedikit berbeza daripada yang lain. Bukaan beg ini pula akan menjadi lebar dan saiznya akan lebih besar untuk mudahkan kamu muatkan banyak barang keperluan.

Simbol Atau Gambar 

Bagi sesetengah orang, ada yang suka ekspresikan diri menggunakan simbol atau gambar. Jadi cuba cetak pilihan simbol atau gambar kesukaan kamu di atas calico bag ini.

Foto – Pinterest

Kalau mahu nampak chic bila gayakan calico bag ini, cuba pilih gambar yang comel seperti haiwan atau alam semula jadi seperti bunga.

Selamat beramal!

Tags: calico bagtrend calico bag
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Trend ‘Calico Bag’ Yang Minimalis, Jenis Ini Yang Selalu Orang Pilih!

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.