Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Nak Pakai Apa Di KLFW? Serbu Pomelo BrandsFest Untuk Idea Bergaya

by Lisa AG
August 16, 2022
Foto - Pomelo

Foto - Pomelo

11
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Dapat jemputan ke KLFW, tapi tak tahu nak pakai apa. Belek wardrobe tapi tak ada satu pun yang menarik.

Nah… DIVA ada idea paling gempak untuk kamu, confirm kamu jadi orang paling bergaya di situ.

Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) semakin hampir. Raikan perayaan yang digelar ‘Malaysia Truly Asia’ dengan berpakaian mengikuti trend semasa dari minggu fesyen di seluruh dunia.

Berikut ialah trend popular yang dikutip Pomelo untuk musim ini, ada outfit yang berkenan?

Trend ‘All Black’ Muncul Semula

Hitam adalah jawapan jika kamu sukakan penampilan yang berani sambil tetap mengekalkan suasana keanggunan. Warna ini sesuai untuk dipakai sepanjang tahun dan sesuai untuk sebrang majlis.

Foto – Pomelo

Eksperimen dengan fabrik dan tekstur, seperti skirt baldu dengan jaket kulit, untuk mencipta look yang ekstra, seperti Our Hour Studio, sebuah jenama edgy di Pomelo. Ini akan menjadikan ensemble serba hitam kelihatan multidimensi dan menarik.

Warna Ceriakan Hari Kamu

Rangkaian warna musim bunga dan panas tahun ini, ialah warna cerah dan pastel dengan shade yang berbeza-beza.

IKLAN

Foto – Pomelo

Sebagai contoh, kombo oversized psychedelic dan seluar pendek dari label pereka tempatan KittieYiyi Collection, atau klasik dengan satin shirt dress Runaway the Label, untuk gaya yang lebih feminin.

Gaya Maskulin Oversized Blazer

Kemunculan semula blazer bersaiz besar, seperti dari KHAU Studio – label yang terkenal dengan potongan penting, kemas dan bergaya.

Foto – Pomelo

Dengan oversized blazer, kamu boleh pakai dengan mana-mana tee atau baju dan padankan dengan seluar yang sepadan. Untuk penampilan lebih berani, kamu boleh memdankan blazer dengan gaun bodycon untuk menghasilkan rupa yang lebih formal lagi glam.

Maxi Untuk Rupa Yang Romantik

Maxi adalah pertaruhan yang selamat untuk sebarang acara musim panas. Dress buku lali atau lebih panjang adalah serba boleh kerana ia datang dalam pelbagai jenis fabrik dan potongan.

Foto – Pomelo

Beberapa pilihan seperti Spring Summer Style, label untuk helaian yang elegan, atau ASTR the Label, jenama pilihan untuk semua perkara yang feminin, atau kekal kasual dari Klei Studio, jenama minimalis penuh bergaya.

Pomelo Brandsfest bermula dari 17 Ogos hingga 26 Ogos 2022. Pelanggan Pomelo yang mencari trend terkini, boleh membeli-belah semua pakaian ini sesuai untuk sebarang acara atau majlis, dengan diskaun hebat dan tawaran jenama eksklusif Pomelo dan baucar sehingga 25%.

Terokai Pomelo August Brandsfest di sini [KLIK].

Tags: klfwPomelopomelo brandsfest
Share4SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Nak Pakai Apa Di KLFW? Serbu Pomelo BrandsFest Untuk Idea Bergaya

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.