Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City Dibuka, Tawar 5 Tarikan Menarik!

by Soph.Azz
August 16, 2022
Foto - DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City

Foto - DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City

22
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

DoubleTree by Hilton yang terletak di i-City Golden Triangle kini dibuka di Shah Alam i-City!

Dikelilingi oleh Pusat Konvensyen i-City Shah Alam; hotel mewah DoubleTree by Hilton ini menawarkan 300 bilik yang terdiri daripada suites mewah dan bilik mesyuarat.

“Kesemua bilik ini menghadap pemandangan cantik di sekitar Shah Alam yang pastinya akan berikan pengalaman percutian yang unik dan tidak boleh dilupakan!” – Jamie Mead, Pengurus Besar Hilton (Caw. Malaysia, Filipina, Sri Lanka dan Maldives).

Apabila berkunjung ke hotel DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City; tak kiralah sama ada bercuti bersama keluarga atau menghadiri mesyuarat, jangan terlepas untuk nikmati 5 tarikan menarik ini!

#1 Lokasi Strategik 

Lokasi yang strategik membuatkan hotel mewah ini mempunyai akses mudah ke hab pembuatan utama Shah Alam dengan sambungan ke lebuh raya utama, seperti Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Baru Lembah Klang dan Lebuhraya Pantai Barat.

Foto – DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City

Bukan itu sahaja, hotel ini berjarak 40 minit perjalanan dengan kereta dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL) dan 25 minit dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SZB).

#2 Tawaran Bilik & Kemudahan 

Dibekalkan dengan kunci digital, hotel DoubleTree by Hilton ini mempunyai bidai penderia gerakan, ruang kerja khusus, peti sejuk mini, TV definisi tinggi dan akses internet berkelajuan tinggi.

Foto – DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City

Selain itu tetamu juga boleh menikmati spa Eforea, pusat kecergasan 24 jam yang dilengkapi dengan peralatan Precor®.

IKLAN

#3 Variasi Makanan & Minuman 

Nikmati pelbagai jenis pilihan makanan dan minuman yang ditawarkan seperti:

Foto – DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City
  • Masakan tradisional Malaysia di Makan Kitchen
  • Makanan Itali di Tosca, Italian Trattoria
  • Bar yang berada di sekitar kolam renang luaran
  • Axis Longue tawarkan secawan kopi, teh dan pilihan sandwich ringan
  • The Koffee pula menyajikan pastri dan kek segar

#4 Ruang Selesa Untuk Acara Atau Majlis 

Selain daripada menjadi lokasi mesyuarat yang strategik, DoubleTree by Hilton turut menawarkan ruang untuk majlis perkahwinan dan perhimpunan sosial.

Grand Ballroom tanpa tiang yang boleh memuatkan sehingga 1,000 tetamu. Bilik mesyuarat pula dilengkapi dengan kemudahan audio-visual dan teknikal yang canggih, internet berkelajuan tinggi, stesen kopi yang ditempah khas, perkhidmatan katering yang berkualiti dan akses terus dari tempat letak kereta.

#5 Tarikan Menarik Sekitar Hotel 

Tetamu di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City boleh berkunjung ke , pusat membeli-belah Central-i-City, taman tema SnoWalk dan
WetWorld @i-City hanya 10 minit.

Foto – DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City

Malah mereka yang ingin menikmati seni dan budaya boleh mengunjungi Masjid Biru & Taman Kesenian Islam dan Muzium Sultan Alam Shah yang terletak beberapa minit dari hotel dengan menaiki kereta.

Sempena pembukaan hotel, ahli Hilton Honors akan menerima 1000 mata bonus dengan penginapan maksimum lima malam apabila tempah terus dengan Hilton, bermula sekarang hingga 31 Oktober 2022.

Maklumat lanjut dan tempahan boleh dibuat di [WEB] DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City atau hubungi di +60355218808.

Tags: Doubletree by Hiltonshah alam i-city
Share9SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City Dibuka, Tawar 5 Tarikan Menarik!

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.