Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Bronzer vs Contour – Ini Yang Ramai Keliru Dan Salah Teknik!

by Indah Aziz
August 14, 2022
Foto - TV Shows Ace

Foto - TV Shows Ace

32
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Nampak sama tapi tidak serupa. Dua teknik solekan yang sebenarnya sangat berbeza untuk mendapatkan hasil solekan tersendiri. Produk mekap ini pula kelihatan seperti kembar kerana hadir dalam warna yang sama, cuma nama sahaja lain kadang disebut contour atau bronzer.

Keliru betul, agaknya yang mana satu yang patut anda guna atau lebih sesuai?

Mari DIVA jelaskan secara ringkas perbezaan teknik countouring dan bronzing.

Countour

Teknik countouring ialah untuk anda menambah dimensi dan menyorokkan sudut muka yang tidak diingini. Ia membantu memberi ilusi wajah lebih bujur, tulang pipi tinggi dan mengecilkan bahagian dahi dan hidung. Senang kata, contouring ialah ‘plastic surgery’ yang selamat!

Bronzer 

Jika anda ingin kelihatan lebih segar atau umpama terkena kesan sun-kissed, sapuan bronzer adalah samaran yang tepat. Biasanya bronzer dikatakan untuk menaikkan seri tona kulit lebih bermaya.

Foto – Charlotte Tillbury

Dari segi tona warna produk pula, produk contour kebanyakan dari warna neutral seperti warna-warna tanah dan tekstur pula lebih kepada matte finish. Manakala warna produk bronzer terdiri dari warmer undertones seperti merah, kuning dan jingga. Tekstur bronzer lebih ringan (powdery) dan adakala mempunyai kilatan.

Teknik contour vs bronzer

Anda boleh rujuk contoh gambar dibawah. Nasihat DIVA, pastikan anda dapatkan tona produk yang sesuai dengan warna kulit anda. Penggunaan berus juga penting, pilih berus yang lebih tirus untuk contour dan berus besar kembang bagi bronzer.

Foto – Pinkvilla

 

Selain itu, kedua-dua teknik ini memerlukan sapuan blend yang sempurna supaya tidak kelihatan bercapuk.

Sudah jelas ke? DIVA harap ia sedikit sebanyak membantu anda. Selamat mencuba!

Tags: beza bronzer contourcara bronzercontour vs bronzer
Share13SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Bronzer vs Contour – Ini Yang Ramai Keliru Dan Salah Teknik!

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.