Shapewear bukan pakaian dalaman yang baru lagi tapi ia jarang kedengaran kerana ramai yang beranggapan memakai shapewear leceh dan tidak selesa.
Pakaian pembentuk badan ini sebenarnya mempunyai tujuan yang sangat baik untuk mengembalikan keyakinan ketika berfesyen. Iyalah, tipu kalau cakap tak segan bila pakai kemeja atau dress yang nampak lebihan perut dan lemak dibahagian pinggang.
Biasanya shapewear terdapat dalam tiga pilihan iaitu body suit, high-waisted dan waistline bike.
Fungsi shapewear ialah dengan memberi tekanan kepada lemak yang kemudian akan berpindah mengisi ruang disekitar otot. Jadi tiada lagi lemak terkumpul yang membuatkan kulit gelebeh.
- Foto – Shaperpeppermint
Malah dengan pemakaian shapewear juga, ia membantu mencantikkan postur badan terutamanya ketika sedang duduk.
IKLAN
Jauh berbanding dengan korset, shapewear lebih selesa kerana tidak mempunyai zip atau cangkuk yang memaksa kulit sehingga memberi iritasi.
Menariknya lagi, shapewear lagi mudah digayakan dengan apa jua pakaian. Ini kerana shapewear lebih nipis dan tidak akan menimbulkan sebarang kesan garisan.
Anda nak cuba shapewear? Ini yang DIVA cadangkan…
Kiss & Tell Premium High-Waisted Girdle Panties [BELI]
- Foto – Kiss & Tell
Miraclesuit Fit & Firm High Waist Shaper Leggings with Mesh [BELI]
- Foto – Miraclesuit
Plie Jumpsuit Shorts [BELI]
- Foto – Plie
Miraclesuit Fit & Firm Shaping Camisole [BELI]
- Foto – Miraclesuit
Selamat mencuba!