Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Rupa Paras Ana De Armas Kerap Jadi Pujaan, DIVA Cari Jawapannya..

by Indah Aziz
August 14, 2022
Foto - Glossy

Foto - Glossy

19
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Makin lama, makin kerap pula muncul wajah comel baby-face Ana De Armas ini.

Mula sekali muncul filem Blade Runner 2045 (2017) dan kemudian filem hit misteri siasatan Knives Out (2019). Baru ini juga sempat DIVA tonton filem aksi The Gray Man (2022) di Netflix, gandingan Ana sekali lagi bersama Ryan Gosling dan Chris Evans. Bertuah sungguh!

Jika anda rajin buat carian tentang aktress asal Cuba ini pasti kagum dengan usaha beliau dalam menceburi persada filem Hollywood. Rupanya Ana tidak fasih dalam Bahasa Inggeris, dan terpaksa mempelajari bahasa tersebut selama 7 jam sehari. Akhirnya beliau fasih dalam masa 4 bulan sahaja!

Foto – Nicola Dove / © MGM / courtesy Everett Collection

Nama Ana De Armas bukan sahaja disebut-sebut kerana bakat lakonannya. Rupa paras beliau yang jelita sering menjadi igauan ramai. Mana-mana sahaja DIVA buat tinjauan, pasti ada sahaja peminat yang tidak jemu memuji-muji wanita berusia 34 tahun ini.

Agaknya apa alasan peminat Ana De Armas tentang kecantikan milik pelakon ini?

Bentuk wajah yang dikatakan sempurna dengan ukiran mata galak dan hidung yang kecil. Menjadikan Ana tidak perlu pun bersolek tebal kerana beliau antara wanita Latin yang kekal dengan kecantikan semulajadi.

IKLAN

Malah dengan ketinggian 168cm, Ana De Armas terlihat langsing, sihat dan cantik dalam jua gaya fesyen pakaiannya.

Dari petikan temuramah Ana De Armas bersama majalah Glamour, ternyata beliau skip teknik contouring dan sebaik mungkin menjauhkan diri dari terdedah dari sinaran matahari.

Foto – Twitter

Nampaknya Ana memang suka tampil less is more dan sangat menitikberatkan penjagaan kulit berbanding solekan.

Fungsi hidrasi menjadi keutamaan Ana. Produk pelembap, lip balm, losyen tangan dan serum memang tidak tinggal dari rutin hariannya.

Foto – Suara Batam

Orang yang serba ringkas, berbakat dan cantik pula ternyata menjadi pilihan ramai sebagai aktress kegemaran. Personaliti Ana yang introvert turut membuatkan beliau istimewa dimata peminat.

Foto – Deadline

Katanya Ana De Armas juga akan muncul memegang watak ikonik Marilyn Monroe. Tak sabar pula DIVA nak tengok hasil karya terbarunya nanti.

Tags: biodata ana de armassiapa ana de armas
Share8SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    Rupa Paras Ana De Armas Kerap Jadi Pujaan, DIVA Cari Jawapannya..

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.