Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Kisah Di Sebalik Baju Turtleneck Hitam Steve Jobs Rekaan Mendiang Issey Miyake

by Lisa AG
August 12, 2022
Foto - Getty

Foto - Getty

24
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Dunia fesyen baru-baru ini dikejutkan dengan kematian pereka fesyen ikonik Issey Miyake, di usianya 84 tahun.

Pereka fesyen Jepun Issey Miyake, yang terkenal dengan fesyen inovatif dan menghasilkan 100 baju turtleneck hitam untuk pengasas Apple, Steve Jobs, telah meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Tokyo.

Foto – Getty

Kumpulan Issey Miyake mengeluarkan kenyataan ringkas tentang kerjanya berkata;

“Semangat dinamik Miyake didorong oleh rasa ingin tahu yang tidak henti-henti dan keinginan untuk menyampaikan kegembiraan melalui medium reka bentuk. Ia turut menyatakan bahawa, “mengikut kehendak Encik Miyake, tidak akan ada sebarang upacara pengebumian”.

Dipetik dari The Guardian, Issey Miyake cukup dikenali kerana mereka bentuk turtleneck kapas poliester ikonik milik Steve Jobs. Dipercayai beliau menghasilkan 100 rekaan dengan harga kurang daripada $200 setiap satu.

Direka bentuk untuk mengurangkan “keletihan membuat keputusan”, bersama-sama dengan Steve Jobs Levi’s 501 dan New Balance 991. Siapa sangka ia mencipta fenomena serta uniform Silicon Valley lewat 90-an, berdasarkan idea bahawa fikiran orang yang sibuk tertumpu pada perkara yang lebih penting daripada berfesyen.

Foto – The Guardian

Dilahirkan di Hiroshima pada tahun 1938, Issey Miyake belajar reka bentuk grafik di Universiti Seni Tama di Tokyo. Tetapi dia beralih kepada fesyen dan berpindah ke Paris untuk menjadi perantis kepada Guy Laroche dan akhirnya bekerja untuk Hubert de Givenchy.

Tags: baju turtleneck steve jobsIssey Miyakesteve jobs
Share10SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Kisah Di Sebalik Baju Turtleneck Hitam Steve Jobs Rekaan Mendiang Issey Miyake

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.