Raut wajah yang ayu dan persis wanita Melayu terakhir, membuatkan sesiapa sahaja terpaut. Che’ Puan Besar Khaleeda sangat dikagumi oleh seluruh rakyat negeri Johor. Tokoh keibuan beliau jelas dipamerkan dari perkongsian gambar-gambar bersama anakanda di akaun rasmi Instagram beliau.
Apa yang menjadikan wanita ini turut istimewa ialah cara beliau membawa diri dalam memilih gaya pakaian yang cukup ringkas tapi menyerlah. Umpama ada magis.
- Foto – Instagram / @ymchepuankhaleeda
DIVA berasa terinspirasi melihat gaya fesyen YM Che’ Puan Besar apabila mengenakan pakaian tradisional khususnya baju kurung. Sopan, ayu dan memberi rasa hormat tidak terperi pada wanita berusia 29 tahun ini.
Apa yang menarik perhatian DIVA lagi, YM Che’ Puan Besar pasti tidak lekang menjinjit beg tangan Hermes apabila menyarung baju kurung. Jika tak silap DIVA, YM Che’ Puan Besar ada beberapa koleksi Hermes Kelly.
Kenapa agaknya?
Beg tangan Hermes koleksi Kelly sudah terkenal dengan aura kewanitaan dan mempunyai jiwa klasik yang tersendiri. Ia sebuah beg tangan multitasking, sesuai dibawa ketika menghadiri majlis-majlis formal mahupun kasual.
- Foto – Instagram / @ymchepuankhaleeda
Malah, Hermes Kelly sinonim gaya elegan serta menunjukkan status kelas seseorang. Idea handle beg ini juga turut membantu si pemakai menjinjit dengan kemas sambil memberi postur berdiri dan berjalan yang cantik.
Apa yang boleh tiru dari gaya Che’ Puan Besar?
Cara nak naikkan seri ketika berbusana tradisional dari YM Che’ Puan Besar Khaleeda sebenarnya mudah sahaja untuk kita tiru.
Perasan tak, Che’ Puan Besar gemar memakai baju kurung dari warna-warna lembut dan kadangkala dihiasi batu manik dihujung lengan atau kaki baju kurung. Jika memilih fabrik yang bercorak, beliau suka dengan corak-corak abstrak yang ringkas.
- Foto – Instagram / @ymchepuankhaleeda
Kemudian untuk aksesori pula sekadar subang, cincin permata dan jam tangan. Beg tangan pula mestilah yang bersaiz kecil dan sedondon warna dengan pakaian.
Barulah tak tenggelam baju kurung yang dipakai serta ini lah ciri-ciri look anggun yang sering diterapkan oleh wanita berstatus. Simple is more.
- Foto – Instagram / @ymchepuankhaleeda
Tak puas kan menatap YM Che’ Puan Besar?
Semoga YM Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam sentiasa sihat sejahtera dan menjadi contoh wanita yang terbaik untuk dikalangan kami.