“Kenapa anak saya sudah lama bersekolah di taska atau tadika, masih tak dapat menulis atau melukis dengan baik? Malah bercakap pun masih tak lancar seperti kanak-kanak yang lain?”
Bagi ibu bapa yang alami perubahan dalam perkembangan dan tumbesaran anak, jangan berasa terlalu risau okay? Kamu hanya perlu perhatikan, catit atau ingat setiap perubahannya dan lakukan saringan awal untuk atasinya.
Memandangkan Malaysia mempunyai pilihan saringan perkembangan yang terhad, DIVA syorkan untuk kamu ikuti program saringan digital pertama daripada TOY EIGHT!
Program saringan TOY EIGHT, langkah pertama penyelesaian!
TOY EIGHT: Syarikat teknologi pendidikan Kecerdasan Buatan (AI) dari Jepun yang menyediakan penyelesaian untuk kanak-kanak temasuk kelainan upaya. Tujuannya adalah untuk bantu kanak-kanak teroka kemahiran serta memberikan bantuan dan sokongan yang relevan.
- Foto – Toy Eight
Program sarigan digital TOY EIGHT ini ditawarkan menerusi peranti telefon pintar; di mana setiap ibu bapa perlu menjawab soal selidik yang direka untuk menilai:
- Motor Kasar
- Motor Halus
- Pertuturan dan Bahasa
- Perkembangan Kognitif
- Tingkah Laku Sosial / Adaptif
Selain daripada menilai, saringan ini juga adalah satu kaedah untuk mengenal pasti sama ada anak kamu berisiko mengalami perkembangan terbantut atau tidak.
IKLAN
Berapa usia kanak-kanak yang sesuai jalani saringan?
Di kebanyakan negara termasuk Jepun, program saringan awal kanak-kanak sering dilakukan oleh pakar secara terus. Tetapi untuk mudahkan ibu bapa di Malaysia, TOY EIGHT mencipta program saringan secara digital.
- Foto – Toy Eight
Program saringan digital direka untuk menyediakan pemeriksaan tahunan untuk kanak-kanak berusia 3-5 tahun.
Program yang menggabungkan permainan ini memiliki prosedur yang boleh dipelajari oleh ibu bapa; mudah untuk tahu tentang peringkat perkembangan anak dalam persekitaran harian.
Dekat mana boleh jalani saringan TOY EIGHT?
Program saringan ini boleh didapati di Taman Permainan TOY EIGHT yang terletak di Tingkat 3, The Gardens Mall. Di taman permainan yang dikhaskan untuk perkembangan kanak-kanak ini akan ada;
- Foto – Arkib DIVA
- Pakar perkembangan tempatan Malaysia dan Jepun – Pilihan perkhidmatan Coffee Chat untuk perundingan tanpa dirancang (RM50/jam).
- Pilihan Play Together Observation – Pemerhatian tidak formal terhadap kanak-kanak.
- Program Taska dan Tadika – saringan dilaksanakan di sekolah jika mendaftar dengan TOY EIGHT.
“Kenal pasti di peringkat awal ciri-ciri dan tahap perkembangan anak adalah penting untuk ibu bapa (dan guru) untuk membuat keputusan tentang cara membesarkan mereka.”- Masaki Ishibashi, Pengasas Bersama & Ketua Pengawai Eksekutif TOY EIGHT.
Untuk sebarang maklumat mengenai program saringan ini, kamu boleh layari [TOY EIGHT]. Selamat beramal!