Sehingga sekarang isu mengenai “Perlu atau tidak cuci wajah dengan pembersih selepas bangun tidur” masih lagi diperdebatkan.
Bagi sesetengah orang yang keliru, kebanyakannya akan mengambil keputusan untuk tidak menggunakan sebarang pembersih wajah pada waktu pagi. Cukup sekadar cuci menggunakan air sahaja.
Sesetengah orang mempunyai kulit yang normal dan okay. Tetapi bagaimana pula mereka yang ada jerawat atau pori tersumbat, tak perlu gunakan pembersih wajah juga ke?
Jadi sebenarnya perlu atau tidak gunakan pembersih wajah pada waktu pagi, setepatnya selepas bangun tidur? Nak tahu jawapannya, jom baca perkongsian ahli dermatologi di bawah;
Sebelum itu, tahu tak apa sebenarnya yang jadi pada kulit ketika tidur?
Dikongsi oleh Dr. Dennis Gross, metabolisme badan akan menjadi sangat perlahan. Tetapi sebaliknya pula berlaku pada kulit. Untuk pengetahuan kamu, metabolisme kulit akan menjadi sangat laju memandangkan ia berkait rapat dengan fungsi sistem sel yang turut menjadi laju ketika itu.
- Foto – Freepik
Pembaikan sel kulit dan tekstur kulit semasa waktu tidur akan menjadi lebih baik dan laju jika kamu menggunakan produk penjagaan wajah yang tepat serta sesuai seperti serum atau pelembap.
Jadi perlu ke tak mencuci wajah pada waktu pagi?
Setelah melakukan sedikit ‘kajian’, kebanyakan pakar dermatologi mengesyorkan untuk tidak mencuci wajah pada waktu pagi jika kamu sudah mencucinya sebelum tidur; khas untuk mereka yang memiliki kulit normal dan tiada sebarang masalah.
- Foto – Pinterest
Ketika waktu pagi setepatnya selepas bangun tidur, cukup memadai kamu mencuci wajah guna air sahaja; air suam lebih baik.
Tetapi apa yang DIVA mahu kamu tahu, jangan terus tidak menggunakan pencuci wajah pada waktu pagi sekiranya kamu memiliki kulit jenis jerawat, berminyak, kering atau sensitif.
- Foto – Pinterest
Pembersih wajah masih lagi diperlukan dan DIVa syorkan untuk kamu guna pembersih wajah yang mempunyai buih yang lembut. Tujuannya untuk beri kesan yang selesa pada permukaan wajah seterusnya menghilangkan lebihan minyak.
Selepas cuci dengan bersih sama ada menggunakan air sahaja atau pembersih wajah, jangan lupa untuk sapukan pelembap dan sunscreen dengan cukup di wajah okay?
Jom beli foaming cleanser pilihan DIVA!
Sekiranya kamu rasakan pembersih wajah sekarang kurang sesuai atau mahu tukar dan mencuba pembersih lain, cuba beli beberapa foaming cleanser berikut;
#1 CERAVE Hydrating Facial Cleanser / Foaming Facial Cleanser
- Foto – Cerave
#2 COSRX Low pH Good Morning Cleanser
- Foto – Watsons
#3 SULWHASOO Gentle Cleansing Foam
- Foto – Sulwhasoo
#4 CLINIQUE Extra Gentle Cleansing Foam
- Foto – Clinique
Sebelum ambil keputusan sama ada perlu atau tidak cuci wajah pada waktu pagi, ketahui dulu jenis keadaan kulit.