Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Cara Betul Pakai Sleeping Mask, Baru Tak Mudah Naik Jerawat

by Indah Aziz
August 13, 2022
Foto - Pinkvilla

Foto - Pinkvilla

100
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Dari fenomena K-Drama, krim sleeping mask telah menjadi pujaan ramai sebagai rutin penjagaan kulit pada waktu malam.

Pemakaian sleeping mask dikatakan membantu kulit menjadi lebih lembut, berseri dan terlihat sihat dari biasa.

Malah, bagi yang mengalami masalah kulit kering, kusam dan jika anda tidur dengan penghawa dingin. Sleep mask boleh melembapkan kulit anda sepanjang malam.

Formula tekstur yang bergel dan ringan membolehkan ia melekap baik pada permukaan kulit. Beransur-ansur ia akan menyerap ke dalam kulit, dan pada keesokan pagi, anda boleh mencuci kulit seperti biasa.

Foto – CNET

Namun begitu, ada yang mengatakan sleeping mask boleh menyebabkan kulit naik jerawat. Betul ke?

Jawapan dari DIVA, ya betul! Ia berikutan tatacara pemakaian sleeping mask yang tidak tepat.

Setiap produk skincare ada cara penggunaan supaya ia dapat memberi manfaat terbaik, termasuklah sleeping mask.

Peraturan pakai sleeping mask…

#1 Pastikan wajah anda telah dibersihkan dan lakukan rutin penyegar dan pelembab.

#2 Sapu krim sleeping mask secara merata pada wajah.

#3 Wajib pakai sleeping mask 30 minit sebelum anda masuk tidur, supaya lebihan krim dapat diserap dan tidak akan mengotorkan bantal.

#4 Tak perlu pakai setiap malam, hanya sekadar satu atau dua kali seminggu.

#5 Cuci wajah bersih pada keesokan pagi dan amalkan rutin penjagaan yang konsisten.

Tips DIVA: Bawa sleeping mask ketika travel. Ini kerana semasa travel kita biasanya kurang minum air dan terdedah pada sinaran matahari. Barulah hidrat kulit terjaga!

Bukan sahaja jerawat boleh naik jika pakai sleeping mask terlalu kerap. Ia juga boleh beri iritasi pada kulit. Sebaiknya biar kulit anda ada ‘waktu rehat’.

Sleeping mask yang DIVA nak kamu cuba…

Laneige Water Sleeping Mask EX Sleeping Micro Biome™ [RM55]

Kelebihan: Bagus untuk kulit yang kering atau tidak cukup hidrat.

Foto – Laneige

Fresh Black Tea Firming Overnight Mask [RM169]

Kelebihan: Bertindak mengurangkan garis halus, kedutan dan kulit bertambah tegang.

Foto – Sephora

Origins Drink Up™ Intensive Overnight Hydrating Mask With Avocado & Swiss Glacier Water [RM128]

Kelebihan: Melembapkan kulit sehingga 72 jam dan kulit terasa lebih lembut.

Foto – Gemma Etc.

Dr. Jart+ Cicapair Sleepair Ampoule-in Mask [RM150]

Kelebihan: Membaiki skin barrier terutamanya kulit yang stress dan penat. Kulit sensitif paling okay dengan ini!

Foto – Sephora

Saturday Skin Yuzu Vitamin C Sleep Mask [RM129]

Kelebihan: Bukan sahaja mencerahkan wajah tapi mengecilkan pori-pori, mengurangkan tanda kulit kusam dan tona kulit yang tidak sekata.

Foto – Soko Glam

Lepas ini hati-hati ya kalau nak pakai sleeping mask, biar berpada-pada.

Tags: cara guna sleeping maskovernight sleep masksleeping mask terbaik
Share40SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Cara Betul Pakai Sleeping Mask, Baru Tak Mudah Naik Jerawat

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.