Menampilkan lima watak yang berwarna-warni dan fun – Dreamie, Groovie, Sparkie, Sweetie dan Winkie, setiap satu watak daripada lima Coachies disemai dengan personaliti tersendiri.
Ogos ini, Coach memperkenalkan The Coachies yang dibintangi oleh Dreamie, Groovie, Sparkie, Sweatie dan Winkie yang dipaparkan pada beg klasik Coach Rogue, Card Case edisi terhad dan Kira Crossbody edisi terhad.
Pertama kali diperkenalkan pada 2016, Rogue diilhamkan oleh semangat bebas, pemberontak dan pemimpi. The Coachies yang dipaparkan pada beg Rogue diperbuat daripada kulit sarung tangan dan Signature Textile Jacquard – bahan mampan yang diperbuat daripada campuran kapas organik dan botol plastik kitar semula.
Benar-benar menjiwai semangat Coach yang suka bermain dan optimis, setiap satu daripada disemai dengan personaliti tersendiri;
Groovie – Yang Santai
- Foto – Coach
Temui Groovie, semangat bebas dengan pandangan yang berani. Watak Groovie ditonjolkan melalui mata ratanya yang ikonik.
Dreamie – Yang Sarkastik
- Foto – Coach
Temui Dreamie, yang cantik, bijak, yakin dan sedikit sarkastik dengan sikap yang tahu segalanya. Dreamie mempunyai rumbai dan bermata kuyu.
Sparkie – Yang Ceria
- Foto – Coach
Temui Sparkie, seorang pemimpin kumpulan yang bertenaga, ceria, sentiasa aktif dan positif. Sparkie bermata bulat yang galak berserta senyuman di bibir.
Sweetie – Si Comel
- Foto – Coach
Sweetie seorang yang comel, setia dan sangat berharga. Watak Sweetie mempunyai mata galak dan bulu kening yang seksi menggoda, terdapat juga blush di pipi.
Winkie – Si Nakal
- Foto – Coach
Temui Winkie, seorang pelawak praktikal yang genit, cerewet, bersemangat dan bertenaga. Sesuai dengan personalitinya, butiran Winkie seperti mengenyit mata dan mencebir bibir.
Comelkan 5 watak Coachies ini. Beli koleksi The Coachies bermula 11 Ogos di sini.