Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Dari ‘Miss Garbage’ Kepada ‘Miss Universe Thailand 2022’, Anna Suengam-iam Buktikan Sebaliknya!

by Soph.Azz
August 11, 2022
Foto - Anna Sueangam-iam (FB)

Foto - Anna Sueangam-iam (FB)

32
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tak salah pasang angan-angan, tapi pastikan ia jadi kenyataan!

Berjaya mengalahkan 28 peserta lain; Anna Sueangam-iam berjaya membuktikan membesar dalam suasana dan latar belakang keluarga yang  berbeza tidak menjadi penghalang dalam hidupnya.

Untuk pengetahuan kamu, Anna dinobatkan sebagai Miss Universe Thailand 2022. Kejayaannya itu membawa kebanggaan kepada seluruh negara Thailand dan terutamanya keluarga Anna sendiri.

Selain daripada kejayaannya, Anna sekali lagi mendapat perhatian ramai gara-gara kisah hidup dan latar belakang keluarganya sebelum ini.

Sejak kecil dihina & digelar ‘Miss Garbage’

Dibesarkan di Bangkok, Anna mendedahkan ibu bapanya bekerja untuk Pentadbiran Bandaraya Bangkok. Bapanya adalah seorang pemungut sampah yang membawa lori sampah. Manakala ibunya pula melakukan dua pekerjaan, tukang sapu jalan raya dan pembantu rumah.

Foto – News Beezer

Disebabkan oleh pekerjaan ibu bapanya dan dilahirkan dalam keluarga yang miskin, Anna sering diejek oleh rakan-rakannya dan digelar sebagai ‘Miss Garbage’ kerana pekerjaan bapanya.

Malah zaman kanak-kanaknya juga berbeza dan tidak pernah bergaul dengan kanak-kanak lain memandangkan rumahnya berada di longgokan sampah. Bukan itu sahaja, mainannya juga diambil dari longgokan sampah dan dibaiki oleh kedua ibu bapanya.

IKLAN

Kemiskinan bukan penghalang untuk berjaya

Ketika ibu bapanya sibuk keluar bekerja, Anna dijaga oleh moyangnya; seorang biarawati Buddha. Kata Anna, moyangnya mengajarnya banyak perkara dan salah satunya tidak menjadikan kehidupannya sebagai penghalang dan sentiasa bekerja keras.

Foto – Thailand Post English

Dan disebabkan oleh kata-kata moyangnya, Anna berjaya menamatkan pengajian sarjana muda dalam bidang pengurusan hotel dan pelancongan dari Universiti Kasetsart.

Malah sejak tahun 2018, Anna telah menyertai beberapa pertandingan peragaan dan kecantikan. Dan hasilnya dia pernah dinobatkan sebagai Miss Mobile Thailand 2018 dan Miss Beautiful Thailand Pageant 2022 (tempat ke-2).

Bukan peserta pilihan Miss Universe Thailand 2022

Semasa menjadi peserta Miss Universe Thailand 2022, Anna mendedahkan tak mudah sebenarnya untuk dia berada dalam pertandingan tersebut. Ini kerana dia memiliki beberapa kekurangan seperti;

Foto – Anna Sueangam-iam (FB)
  • Kurang lancar bertutur dalam Bahasa Inggeris
  • Bukan seorang ‘luk khrueng’; rakyat Thailand yang mempunyai darah kacukan

Tidak menghiraukan akan kekurangannya, Anna tekad dan kekal yakin sepanjang pertandingan berlangsung. Malah dia berjaya mencuri hati juri dengan menjawab soalan dalam bahasa kebangsaannya sepenuhnya.

“Hari ini adalah bukti kepada semua orang bahawa tidak kira di mana kita dilahirkan, kita boleh berjaya dan menjadikan impian kita menjadi kenyataan jika kita mempunyai keyakinan diri,”- Anna Sueangam-ian.

Miliki kelebihan atau kekurangan bukan menjadi pengukur kehidupan seseorang tau. Tahniah Anna!

Tags: anna sueangam-iammiss universe thailandmiss universe thailand 2022
Share13SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Dari ‘Miss Garbage’ Kepada ‘Miss Universe Thailand 2022’, Anna Suengam-iam Buktikan Sebaliknya!

  3. 3

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.