Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Gayakan Semula Skirt Vintaj Legend, Ini Antara Pilihan Yang DIVA Suka!

by Soph.Azz
August 11, 2022
Foto - Atome

Foto - Atome

15
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Walaupun sekarang ini ada pelbagai trend skirt yang muncul, tetapi trend yang dahulu jugalah menjadi pilihan dan makin popular. Betul tak?

Item fesyen vintaj sememangnya mempunyai aura klasik yang menjadikan semua item vintaj kekal relevan dan popular sehingga kini.

Dan disebabkan oleh aura klasik item vintaj menaikkan lagi seri gaya seseorang, DIVA nak kongsikan beberapa pilihan skirt vintaj legend yang perlu setiap seorang daripada kita memilikinya. Lihat di bawah;

Mini Skirt 

Yang sukakan penampilan seksi dan segar, cuba gayakan mini skirt. Trend ini sangat popular dan boleh dipadankan dengan pelbagai jenis baju.

Foto – Pinterest

Untuk tonjolkan aura seksi, DIVA cadangkan untuk kamu gandingkan mini skirt dengan crop top atau cami tank top.

Tube Skirt 

Tube skirt atau pencil skirt adalah satu lagi jenis skirt vintaj yang masih lagi popular. Sama ada potongan paras paha atau di bawah lutut, pilih tube skirt mengikut keselesaan masing-masing.

Foto – Pinterest

Gayakan tube skirt dengan kemeja putih yang dipadankan bersama korset di atasnya untuk cipta penampilan yang lebih chic dan stail. Jangan lupa letakkan aksesori di rambut juga ye!

Tennis Skirt 

Apa yang DIVA perasan, tennis skirt ini sangat popular di negara Asia termasuklah Korea Selatan. Sama ada dipadankan bersama kasut tinggi atau sneakers, kamu boleh cuba gayakannya dalam vibe Y2K.

Foto – Pinterest

Pilih tennis skirt yang mempunyai lipatan yang besar untuk nampak lebih muda dan comel. Gandingkan pula dengan sweater vest dan Converse sebagai pelengkap!

Half-Pleated Skirt 

Skirt paras lutut berbentuk A-line dengan separuh pleated yang diperbuat daripada fabrik Chiffon ini sering dilihat sebagai skirt “mak cik”.

Foto – Pinterest

Tetapi jika dipadankan dengan crop top, baju putih atau sebarang baju yang mempunyai doll sleeves, ia memberikan penampilan yang lebih moden dan comel.

Vintage Floral Skirt 

Paling ramai suka dan kerap nampak, vintage floral skirt yang mempunyai cetakan bunga kecil atau besar membuatkan penampilan seseorang menjadi lebih manis! Skirt jenis ini boleh dipadankan dengan apa jenis gaya sekalipun dan sesuai untuk setiap situasi termasuklah makan malam romantik.

Foto – Pinterest

Jangan kekok dan malu untuk gayakan skirt vintaj, ikut apa pesanan dan tips DIVA di atas okay?

FILED UNDER fesyen skirt vintagevintage skirtvintage skirt style
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.