Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Marie-Chantal Miller: Tuah Seorang Wanita, Dari Anak Jutawan Hingga Jadi Isteri Putera Mahkota Greece

by Soph.Azz
August 10, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

20
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Buat kamu yang tertanya-tanya siapa Marie-Chantal Miller, cari jawapannya dalam entri khas DIVA ini.

Sama seperti Kate Middleton dan Meghan Markle, Marie-Chantal Miller adalah wanita biasa yang berkahwin dengan Putera Mahkota Greece, Putera Pavlos.

Tetapi bukan sekadar wanita biasa; Marie-Chantal ini sebenarnya anak kepada seorang jutawan Kedai Bebas Cukai (Duty Free Shops) yang terkenal di Hong Kong, China tau!

Zaman kanak-kanak dihabiskan di Hong Kong 

Mempunyai lagi dua orang saudara perempuan, Marie-Chantal adalah anak kepada Robert Warren Miller dan Maria Clara Pesantes Becerra.

Foto – @mariechantal22 (IG)

Sekadar info, Robert Miller adalah jutawan terkaya di dunia yang berpangkalan di Hong Kong; usahawan dan pengasas bersama Kedai Bebas Cukai (Duty Free Shops).

Walaupun dilahirkan di London pada tahun 1968, Marie-Chantal menghabiskan waktu membesarnya di Hong Kong. Di sana, dia bersekolah di The Peak School sehingga usianya 9 tahun.

Foto – Unofficial Royalty

Selepas di The Peak School, Marie-Chantal teruskan pembelajarannya di sekolah berasrama penuh di Institut Le Rosey di Switzerland.

Marie-Chantal dan saudara perempuannya; Alexandra dan Pia boleh dikatakan ‘terpaksa’ membahagikan masa membesar mereka di antara Hong Kong, Paris dan New York.

Cinta pandang pertama pada ‘Prince Charming’

Sekitar usianya 20 tahun, Marie-Chantal bertemu dengan ‘Prince Charming’ selepas ikuti blind date yang ditetapkan oleh rakannya di New York. Dan pada tahun 1995, Marie-Chantal bertunang dengan Putera Pavlos iaitu Putera Mahkota Greece. Semasa pertunangannya, Marie-Chantal memakai cincin berbentuk hati; nilam dan berlian yang dipotong cabochon.

IKLAN

Foto – Pinterest

Info: Putera Mahkota Pavlos adalah anak kepada Raja Constantine II yang digulingkan dan Ratu Anne-Marie dari Greece.

Kemudian Marie-Chantal berkahwin pada 1 Julai 1995 dan diberi gelaran Puteri Mahkota Greece, Puteri Denmark. Majlis perkahwinannya dihadiri 2000 orang termasuklah Ratu Elizabeth. Baju pengantinnya pula direka oleh Valentino dengan kos RM1,114,250.

Foto – Flickr

Hasil perkahwinan Marie-Chantal dan Putera Pavlos dikurniakan lima orang anak; seorang perempuan dan empat lelaki.

Cipta jenama fesyen sendiri “Marie-Chantal”

Jika kamu perasan, Marie-Chantal merupakan jenama fesyen Puteri Mahkota Greece ini. Marie-Chantal adalah jenama pakaian kanak-kanak yang diasaskan pada tahun 2000.

Foto – New York Family

Syarikat pakaian kanak-kanak ini berkembang dan antara pelanggan tetapnya adalah Kim Kardashian dan Victoria Bechkam.

Pernah jadi intern kepada lagenda Andy Warhol 

Mempunyai penampilan yang menarik, Marie-Chantal pernah menjadi pelatih kepada Andy Warhol. Bukan itu saja, dia juga menjadi muse Andy dan beberapa jenama terkenal lain; Valentino, Michael Kors dan Mario Testino.

Foto – Express Digest

“Bekerja untuk Andy adalah salah satu pengalaman terbaik yang pernah saya dapat. Ianya sangat menyeronokkan. Saya tidak percaya ibu bapa saya membenarkan saya. Walaupun saya mempunyai perintah berkurung pukul 10 malam.”

3 Fakta Menarik Tentang Marie-Chantal

  • Dia pernah melancarkan buku pertamanya, Manners Begin at Breakfast: Modern Etiquette for Families pada tahun 2019.
  • Adik Marie-Chantal, Alexandra turut berkahwin dengan Putera Alexander von Fürstenberg daripada keturunan diraja Jerman Selatan.
  • Marie-Chantal dan Putera Pavlos kini tinggal di rumah bandar Upper East Side di New York.

Untung Marie-Chantal, tuah daripada menjadi anak jutawan bertukar menjadi Puteri Mahkota Greece.

Tags: andy warholmarie-chantal millerprince pavlos
Share8SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Marie-Chantal Miller: Tuah Seorang Wanita, Dari Anak Jutawan Hingga Jadi Isteri Putera Mahkota Greece

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.