Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

#DIVAKongsi 6 Petua Rahsia Untuk Jaga Pakaian Putih Dengan Betul

by Soph.Azz
August 9, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

18
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

DIVA setuju sangat apabila ada yang mengatakan pakaian putih ini menaikkkan seri penampilan kamu. Bila pakai pakaian putih, automatik kamu akan nampak lebih kemas dan bersih tau!

Tetapi sayangnya bila pakai pakaian putih; ia cepat menjadi kotor dan berubah menjadi kuning hingga nampak kusam jika tidak dijaga dengan betul.

Untuk pastikan pakaian putih kamu sentiasa kekal putih, bersih dan tidak kusam; ikuti petua rahsia yang DIVA sering amalkan. Ketahuinya dalam perkongsian di bawah;

#1 Asingkan pakaian putih dengan pakaian berwarna lain 

Foto – Pinterest

Paling penting! Selepas buka pakaian kamu, pastikan kamu letakkannya asing daripada pakaian berwarna lain. Tujuannya adalah untuk elak kamu terbasuh sekali dan membuatkan warna pakaian tercampur dan jadi luntur.

#2 Kalau ada kotoran degil yang melekat, buat ini

Kadang kala, kita tak perasan kotoran seperti mekap atau makanan terlekat di pakaian. Jadi sebelum cuci, kamu perlu bersihkan dulu kotoran tersebut. Basahkan tempat kotoran dengan air suam, ambil pencuci serbuk atau sabun bar dan ratakan di atasnya. Kemudian gosok atau berus sehingga bersih.

#3 Guna pencuci yang khas

Pakaian putih sebenarnya sedikit rumit penjagaannya kerana kamu memerlukan pencuci yang khas bagi mengekalkan warnanya.

IKLAN

Foto – Shopee

Jadi cari pencuci yang mempunyai enzim kerana ia boleh hilangkan kotoran dengan cepat, buatkan pakaian lebih putih dan hilang warna kekuningan akibat peluh di bahagian ketiak atau leher.

#4 Penting gunakan agen pemutih

Sekiranya guna pencuci pun tak berkesan untuk mengekalkan keputihan pakaian kamu, cuba pula gunakan agen pemutih. Cari agen pemutih yang mempunyai bahan hydrogen peroxide. Atau pun cari bahan semula jadi seperti baking soda.

#5 Basuh menggunakan tangan 

Berbanding menggunakan mesin basuh, DIVA syorkan untuk kamu basuh guna tangan. Bukan apa, bila basuh dengan tangan, kotoran pada baju diyakini sudah dibersihkan.

Foto – Airtaker

Mesin basuh tidak begitu bersih pencuciannya kerana ada masanya kotoran masih melekat di pakaian dan susah ditanggalkan.

#6 Jemur terus bawah matahari  

Foto – Pinterest

Selepas selesai membasuh pakaian putih, jangan pula kamu jemur pakaian tersebut di tempat berbumbung. Jemur betul-betul di bawah sinaran matahari kerana ia boleh bantu memutihkan warna pakaian secara semula jadi.

Selamat mencuba!

Tags: petua jaga pakaian putihtips cuci pakaian putihtips jaga pakaian putih
Share7SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    #DIVAKongsi 6 Petua Rahsia Untuk Jaga Pakaian Putih Dengan Betul

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.