Sekiranya kamu merancang untuk jalani rutin penjagaan diri yang santai ala-ala spa di rumah; DIVA syorkan untuk kamu lakukannya dengan bantuan daripada rangkaian terbaru PUTRYANA!
Rangkaian baru PUTRYANA ini memperkenalkan teknologi neurokosmetik yang membangkitkan tindak balas neurogenik iaitu salah satu teknologi termaju dalam penjagaan kulit.
Dari Ashley Dermacare Kepada PUTRYANA
Perjalanan PUTRAYANA yang dahulu dikenali sebagai Ashley Dermacare; bermula di London. Dan pada tahun 2000, pasangan suami isteri dari Malaysia; Honzei dan Mei mencipta rangkaian penjagaan wajah mereka sendiri (PUTRYANA) untuk merawat masalah kulit di Malaysia.
- Foto – PUTRYANA
Dedah Mei, PUTRAYANA yang bermaksud ‘Puteri Saya’ dalam Bahasa Malaysia (Putry-Puteri) dan Bahasa Arab (Ana-Saya) ini dicipta khas untuk para ibu berkongsi pengalaman kulit berseri secara semula jadi dengan anak perempuan mereka.
IKLAN
Rangkaian Neurokosmetik ‘Hasilkan’ 7 Produk Terbaik!
Selain menggunakan bahan aktif terpilih dan gabungan teknologi termaju, PUTRYANA turut memperkenalkan konsep Jepun ‘Shirin-Yoku’ yang bermaksud mandi hutan. Konsep yang diterapkan dalam rangkaian ini bertujuan untuk mendorong tindak balas neurogenik perasaan tenang, gembira, positif pada setiap pengguna.
- Foto – PUTRYANA
Sekadar info, tindak balas neurogenik ini menyegarkan dan merangsang mediator kulit untuk hasilkan kulit yang lebih sihat. Malah proses penuaan dapat dikawal memandangkan tiada tekanan dihasilkan pada kulit.
Bagi membentuk rangkaian yang membina kulit yang sihat, PUTRYANA mendedahkan tujuh produk penjagaan kulit baru dalam rangkaian ini. Antaranya adalah;
- Foto – PUTRYANA
- Clarifying Gel – Pembersih yang boleh hapuskan kotoran dan solekan sambil melembutkan serta menghapuskan garis halus di wajah.
- Clarifying Toner – Toner yang ringan ini menggalakkan kulit sentiasa lembap, menyerap nutrien, suburkan dan kuatkan sistem imun kulit.
- Clarifying Lotion – Teknologi neurogenik dalam losyen ini menggalakkan proses peremajaan secara semula jadi.
- Foto – PUTRYANA
- Ultra Moist – Sambil halang kehilangan air epidermis trans, pelembap ini turut tawarkan perlindungan tambahan terhadap sinaran elektromagnet dari peranti elektronik.
- Day Shield (UV SPF 50) – Lindungi kulit daripada sinaran UV, sel kulit daripada kerosakan UV pramatang dan sunburn.
- Foto – PUTRYANA
- Revitalizing Serum – Garis halus dan kedutan dapat diperbaiki dengan berkesan dalam beberapa kali penggunaan sahaja.
- Essential Aromatics Face Oil – Gabungan minyak eksotik membantu mengekalkan kulit lebih terhidrat dan lembut, merangsang peremajaan serta baiki tekstur kulit.
Beli rangkaian baru PUTRYANA di [WEB] rasminya dan nikmati sebanyak 25% penjimatan menerusi pembelian dalam talian sehingga 31 Oktober 2022.