Pengalaman kecantikan deria ‘Campur2’, bagaimana agaknya itu?
Tanamera menghasilkan pengalaman kecantikan deria unik yang digelar sebagai ‘Campur2’. Di sini pelanggan dialu-alukan untuk memilih skrub, minyak urut dan minyak pati yang dihasilkan daripada bahan tropika semula jadi dan mentah.
- Foto – Tanamera
Pelanggan akan dapat menyentuh tekstur dan menghidu bahan sebelum membelinya. Melalui pengalaman deria ini, pelanggan dapat mengabungkan bahan yang sesuai untuk jenis kulit mereka dalam mengoptimumkan rutin penjagaan kulit mereka.
Antara jenis bahan berkualiti tinggi dan semula jadi, termasuk Teh Hijau, Kopi Hijau, Bunga Raya, Halia, Arang Buluh, Lidah Buaya, Eucalyptus, Pudina, Lavender, Melur, Mawar dan Ylang-ylang. Pengalaman Campur2 oleh Tanamera boleh didapati di semua butik Tanamera.
- Foto – Tanamera
“Pengalaman eksklusif Campur2 oleh Tanamera, membolehkan kami membantu mengubah kehidupan orang ramai melalui produk dan pengalaman yang memberikan hasil praktikal.
“Walaupun terdapat banyak produk dan inovasi baru di pasaran, pelanggan tidak dapat mencari penjagaan kulit sesuai yang semula jadi dan serasi untuk keperluan kulit mereka.
“Melalui Campur2, pelanggan boleh mencampurkan ramuan yang sesuai dan mengoptimumkan rutin penjagaan kulit mereka,” kata Faridah Ahmad Fadzil, pengasas bersama Tanamera.
- Foto – Tanamera
Konsep Campur2 direka untuk menawarkan pelanggan pengalaman deria dalam memahami, merasai dan menjaga kulit mereka.
Nak beli dan rasai sendiri pengalaman Campur2, lawati laman web rasmi tanamera.com.my.