Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Tampil Manis & Simple, Baju Pengantin Nurul Izzah Rupanya Direka Oleh…

by Soph.Azz
August 8, 2022
Foto - FB Nurul Izzah Anwar

Foto - FB Nurul Izzah Anwar

2.8k
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sama cantik, sama padan bak pinang dibelah dua!

Dalam sebuah majlis akad nikah yang dihadiri hanya oleh ahli keluarga dan kenalan rapat; Yang Berhormat (YB) Nurul Izzah Anwar disatukan dengan jejaka pilihannya iaitu Yin Shao Loong.

Walaupun majlis diadakan dalam skala yang kecil, tetapi apa yang mencuri perhatian DIVA apabila melihat pengantin perempuan adalah busana pengantinnya. Sangat ringkas dan nampak manis!

Untuk pengetahuan kamu, YB Nurul Izzah mengenakan busana tradisional rekaan pereka tempatan iaitu Fiziwoo. Menerusi perkongsian di Instagram Fiziwoo, dia telah mereka Baju Kurung Pesak Tenunan untuknya.

Foto – @n_izzah (iG)

Baju Kurung Pesak Tenunan ini diperincikan dengan pleated di bahagian tangannya. Manakala di bahagian bawah baju dan sekitar pleated di tangan ditenun dengan manik serta sulaman jahitan berbentuk bunga. Kainnya pula bercorak ala-ala kain pelikat dengan lipat susun tepi.

Bagi melengkapkan penampilan sebagai pengantin perempuan, YB Nurul Izzah menggayakan tudung bawal daripada Bawal Exclusive. Ditambah pula dengan kerongsang berbentuk bunga di dada untuk naikkan seri manisnya.

Foto – Nurul Izzah Anwar (FB) / @n_izzah (iG)

Sekadar info, YB Nurul Izzah pernah berkahwin dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim dan dikurniakan dua cahaya mata; Raja Nur Safiyah (15 tahun) dan Raja Ahmad Harith (13 tahun).

Sekali lagi, tahniah dan selamat pengantin baru YB Nurul Izzah dan suami!

Tags: Bawal Exclusivefiziwoonurul izzah anwar
Share1122SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Tampil Manis & Simple, Baju Pengantin Nurul Izzah Rupanya Direka Oleh…

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.