Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Jenama Miu Miu ‘Adik-Beradik’ Prada? Fakta Menarik Fashionista Wajib Tahu…

by Indah Aziz
August 6, 2022
Foto - AEWorld

Foto - AEWorld

16
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Miu Miu ~ kalau disebut berulang kali seperti nama timangan orang Jepun. DIVA dulu pun ketika masih awal mengenali dunia fesyen anggap Miu Miu jenama asal negara anime itu.

Rupanya DIVA silap, Miu Miu pemiliknya asal Itali dan lebih mengejutkan Miu Miu merupakan susur galur dari Prada.

Jadi siapa sebenarnya disebalik Miu Miu?

Diasaskan oleh Miuccia Prada pada tahun 1992 dan merupakan anak syarikat kepada Prada. Miu Miu adalah nama panggilan Miuccia Prada dan digunakan sebagai lambang fesyen gadis remaja yang lebih ceria dan berpatutan.

Foto – Miuccia Prada

Jadi Miuccia mahu Miu Miu menjadi alternatif fesyen yang lain dari Prada.

Miu Miu sering digelar sebagai adik perempuan Prada. Jika rekaan Prada lebih klasik, anggun dan mewah. Miu Miu pula meriah dengan konsep warna-warni, seksi dan stailo.

Foto – The Glass Magazine

Sasaran jenama ini pun untuk mereka yang berusia dari 20 hingga 29 tahun. Selebriti yang pernah ditempa oleh Miu Miu seperti Ella Fanning, Hailee Steinfeld dan terkini pelakon popular, Sydney Sweeney.

Foto – CelebMafia

Rekaan Miu Miu selalunya dianggap biasa-biasa dan jarang menjadi pencetus trend. Namun, baru-baru ini di pertunjukan fesyen Miu Miu A/W 22 Womenswear telah menyebabkan jenama ini telah kembali jadi bualan ramai.

Ini semua gara-gara fesyen nostalgia 2000’s iaitu potongan mini skirt dikembalikan semula! Fesyen Y2K yang cukup seksi ini ternyata mendapat perhatian kerana ia membawa vibe fun, cool dan skandal yang sudah lama tenggelam dalam fesyen semasa.

Foto – Wall Street Journal

Kalau anda berkenan nak tambah koleksi fesyen dari Miu Miu, DIVA cadang anda add-to-cart:

Miu Wander matalasse nappa leather mini hobo bag [BELI]

Beg tangan terbaru dari Miu Miu yang telah menjadi fenomena gadis remaja. Ternyata ia antara item must-have terutamanya yang baru nak mencuba jenama Miu Miu.

Foto – GOXIP

Miu Miu Twist Eau de Toilette / de Parfum [BELI]

Koleksi minyak wangi Twist antara best seller perfume Miu Miu.

Foto – Just Jared

Dah jatuh cinta ke belum dengan Miu Miu?

Tags: miu miu malaysiasejarah miu miusiapa miu miu
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Jenama Miu Miu ‘Adik-Beradik’ Prada? Fakta Menarik Fashionista Wajib Tahu…

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.