Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Untuk Beginner, DIVA Sarankan Beli 8 Barang Keperluan Berkhemah Berikut

by Soph.Azz
August 5, 2022
Foto - SAYS

Foto - SAYS

83
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bila ramai yang mula ikuti trend berkhemah, makin banyak tempat mula sediakan tapak perkhemahan yang cantik dan strategik.

Disebabkan topik perkhemahan jadi trend, DIVA nak kongsikan beberapa tips barangan asas atau keperluan yang kamu perlu bawa ketika berkhemah.

Bagi yang baru nak ‘berjinka-jinak’ dengan aktiviti ini, kamu boleh catit setiap barangan yang dikongsikan oleh DIVA sebagai checklist kamu nanti.

#1 Pakaian yang secukupnya 

Pakaian yang cukup sangat penting tetapi jangan pula kamu membawa pakaian yang terlalu banyak pula ye. Bawa pakaian bergantung pada hari kamu berkhemah dan paling penting bawa pakaian yang nipis serta ringan.

Foto – Pinterest

Pakaian dalam juga jangan dilupakan dan bagi wanita pula bawa tuala wanita jika perlu.

#2 Khemah yang sesuai 

Pertama sekali kamu perlu tahu berapa bilangan orang yang pergi berkhemah. Dari situ barulah kamu boleh tetapkan jenis khemah yang sesuai untuk muatkan semua orang.

Foto – Pinterest

Paling penting sekali, jangan pilih khemah yang terlalu sempit dan tidak menjamin keselesaan terhadap semua orang ye.

#3 Sleeping bag 

Bila membeli sleeping bag, kamu perlu memilih sleeping bag mengikut keadaan persekitaran; suhu dan tapak perkhemahan. Sleeping bag yang sesuai adalah yang tidak terlalu ketat dan longgar.

IKLAN

#4 Peti pertolongan cemas 

Foto – Pinterest

Sebagai persedian jika kamu hadapi kecederaan yang tidak diingini, kamu boleh lakukan rawatan asas menggunakan peti pertolongan cemas.

#5 Kasut atau but 

Foto – Pinterest

Pemilihan kasut atau but mestilah disesuaikan dengan kawasan perkhemahan. Sebaik-baiknya bawa 2 pasang kasut atau but sebagai ganti.

#6 Lampu suluh 

Ketika berkhemah, ada tapak yang tidak menyediakan sumber pencahayaan yang cukup. Jadi DIVA cadangkan untuk kamu bawa lampu suluh tangan atau head lamp yang mempunyai mentol jenis LED.

Foto – Pinterest

Penting: Bawa juga sumber bateri yang mencukupi okay?

#7 Peralatan memasak

Penting ketika berkhemah, kamu perlu bawa peralatan memasak seperti:

Foto – Pinterest
  • Pisau
  • Pinggan
  • Cawan
  • Sudu dan garfu
  • Pemetik api atau mancis
  • Mess tin
  • Dapur gas kecil

#8 Wang belanja 

Sesetengah orang sangkakan wang belanja tidak perlu dibawa ketika berkhemah. Tetapi DIVA sarankan untuk kamu bawa sebagai spare untuk waktu kecemasan.

Psst… Ikut pada keperluan masing-masing, mana yang tak perlu jangan bawa okay?

Tags: barang campingbarang khemahcamping
Share33SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Untuk Beginner, DIVA Sarankan Beli 8 Barang Keperluan Berkhemah Berikut

  3. 3

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.