Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

FOREO BEAR™: 4 Sebab Kenapa Rawatan 3 Minit Ini Jadi Idaman Wanita Moden!

by Soph.Azz
August 5, 2022
Foto - FOREO

Foto - FOREO

14
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Pernah tak kamu rasakan tiada masa untuk kunjungi spa atau klinik estetik bagi melakukan rawatan wajah? Sehinggakan nak keluar rumah pun berfikir banyak kali kerana tidak yakin dengan wajah sendiri; kusam dan tidak licin.

Bagi pembaca DIVA yang tidak mempunyai masa yang cukup atau terlalu sibuk, DIVA sarankan untuk kamu dapatkan peranti FOREO BEAR™. Kamu hanya perlu luangkan masa sebanyak 3 minit setiap hari untuk dapat kesan seperti di spa tau.

3 Minit Yang Ajaib! 

Sekadar info, FOREO BEAR™ adalah peranti penyegar muka arus mikro yang dipadukan dengan Sistem Anti-Kejutan dan teknologi T-Sonic™.

Foto – FOREO

Dalam masa tiga minit sahaja, kamu boleh alami kecergasan wajah yang memberikan faedah anti-penuaan sambil meningkatkan kontur wajah dengan ketara. Bukan itu saja, peranti ini juga antara yang terbaik kerana ia boleh berikan tenaga dan menegangkan 65+ otot di wajah dan leher.

Tidak kiralah sama ada kamu berada di rumah, dalam perjalanan untuk temu janji atau di mana-mana sahaja, tiga minit ajaib ini boleh berikan kamu kulit yang lebih licin dan berseri!

4 Sebab Kenapa Kamu Perlu Dapatkannya!

Secara peribadinya DIVA syorkan kamu mula dapatkan peranti ini bukan hanya kerana dapat menjimatkan masa dan kos bila kamu mengunjungi spa, malah;

#1 Instant facelift 

Peranti yang dilengkapi dengan arus mikro; arus elektrik semula jadi pada tahap selular ini boleh beri kesan wajah terangkat dengan segera. Hasilnya otot wajah akan jadi lebih tegang, licin dan tiada tanda-tanda kedutan.

Foto – FOREO

Yang paling best, peranti ini tidak merosakkan kulit dalam jangka masa yang panjang.

#2 Senaman muka yang bertenaga 

Ramai yang kurang tahu, tetapi bila menggunakan peranti ini kamu dapat berikan senaman pada  otot wajah dan leher.

Foto – FOREO
BACA:  #DIVAReview FOREO LUNA™ 3 Plus: Masalah Kulit Boleh Selesai Sekelip Mata, Betul Ke?

Kesan senaman peranti ini, ia dapat merangsang arus mikro yang menegangkan kulit; manakala denyutan lembut T-Sonic™ pula berfungsi untuk mengurut dan mencerahkan kulit dengan menyingkirkan toksin.

#3 Rawatan yang boleh disesuaikan 

Dipadukan dengan 10 microcurrent yang pelbagai, FOREO BEAR™ memberikan kamu pengalaman yang sama seperti di spa; rutin toning dan lifting yang tersedia dalam aplikasi FOREO.

Foto – FOREO

Nak lebih best, gandingkan dengan FOREO Serum Serum Serum yang padat dengan squalane dan hyaluronic acid bagi memastikan ‘penembusan’ antioksidan yang maksimum untuk kesan awet muda!

#4 Praktikal & mudah dibawa

Apa yang DIVA paling suka tentang peranti ini, ianya mudah dibersihkan dan kalis air. Bukan itu saja, peranti ini juga dilengkapi dengan hayat bateri yang lama dan sangat mudah dibawa ke mana saja tanpa perlu risau.

Beli FOREO BEAR™ (RM1869) dan FOREO Serum Serum Serum (RM339) di [WEB], aplikasi dan kedai Sephora!

FILED UNDER FOREOForeo Bearforeo serum
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.