Terkejut DIVA bila mengira umur aktress terkemuka Korea Selatan ini yang kiranya sudah menginjak angka 41!
Sejak khabar penceraiannya bersama Song Joong-ki terlihat Hye-kyo lebih banyak mendiamkan diri seketika di akaun Instagram miliknya. Iyalah, khabar angin lebih suka menunding jari pada Hye-kyo sebagai punca penceraian mereka.
Tapi ramai yang lupa, Hye-kyo hanya mengetahui dia diceraikan melalui media, bukan dari mulut bekas suaminya sendiri.
- Foto – PinkVilla
Tak mengapalah, tuan punya badan pun sudah nampak move on. Jadi DIVA cukup suka sekali untuk berkongsi berita-berita terkini tentang aktress cantik menawan ini.
Sudah tentu ramai peminat yang mahukan perkara-perkara positif pada Hye-kyo. Mana tidaknya, dia antara aktress paling berbakat dan pencetus fenomena K-Drama.
- Foto – KBIZoom
Kalau lihat dari posting Instagram, tidak putus rezeki Hye-kyo dengan label fesyen mewah antarabangsa seperti Fendi, Chaumet dan beberapa jenama asal Korea Selatan.
Kekal dengan prinsip menjaga privasi, Hye-kyo lebih senang menayang gambar-gambar hasil photoshoot majalah, promosi drama terbaru dan ada juga selingan gambar travel, buku yang dibaca dan senarai lagu kegemaran.
Bila masuk hasil karya terbaru Hye-kyo apa yang DIVA perasan, memang dia semakin jarang keluar dengan drama atau filem. Drama terakhir pada tahun 2019 iaitu ‘Encounter’ gandingan bersama Park Bo-gum tapi kurang dapat sambutan.
- Foto – Rakuten Viki
Selepas itu dalam diam keluar dengan drama ‘Now, We Are Breaking Up’. Pelik bila drama ini tidak disebut-sebut oleh peminat K-Drama. Namun drama ini masih mendapat rating yang tinggi. Tahniah!
Hadiah seterusnya buat peminat ialah drama ‘The Glory’ yang bakal ditayangkan di Netflix. Ia juga hasil nukilan dari penulis yang sama dari drama ‘Descendents of The Sun’, Kim Eun-sook. Nampaknya kita akan dapat tonton perkembangan watak Hye-kyo yang lebih matang dan berkaliber.
- Foto – allkpop
Sedikit trivia mengenai Song Hye-kyo, rupanya dia ada nama versi Inggeris iaitu Lorraine Song.
Apa yang paling kamu rindu tentang Hye-kyo?