Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Sama Ada Hujan Atau Panas, Item Ini Buatkan Mekap Maintain Sepanjang Hari

by Soph.Azz
August 4, 2022
Foto - Pop Sugar

Foto - Pop Sugar

18
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Memandangkan cuaca di Malaysia agak panas terik dan ada kalanya hujan; mereka yang suka mengenakan mekap pasti bimbang mekap akan jadi cepat cair dan rosak kan?

Jangan bimbang kerana DIVA ada solusinya! Untuk kekalkan mekap kamu sepanjang hari tanpa sebarang crack atau capuk, DIVA sarankan untuk kamu beri perhatian pada produk yang digunakan.

Dalam entri ini, DIVA mahu kongsikan beberapa produk yang diyakini dapat mengekalkan mekap kamu sepanjang hari. Lihat di bawah;

TATCHA The Water Cream 

Walaupun pelembap berada dalam kategori skincare, tetapi ia memainkan peranan untuk kekalkan mekap kamu dalam jangka masa yang panjang.

Foto – Sephora

DIVA memilih pelembap Tatcha kerana ia berupaya mengawal minyak wajah berlebihan dan menjadi pelembap yang perfect untuk hari yang panas terik!

Supergoop! Unseen Sunscreen SPF40

Sebelum mula bermekap, setiap daripada kita perlu mengenakan sunscreen kerana ia penting untuk menghalang sinaran UV yang berbahaya.

Foto – Sephora

Sunscreen daripada Supergoop! jadi pilihan DIVA kerana ia adalah asas yang terbaik untuk mekap kamu. Dengan kesan matte, wajah tak akan jadi berminyak sehingga menyebabkan kerosakan mekap kamu.

IKLAN

Urban Decay All Nighter Makeup Setting Spray 

Tak mahu mekap cair semasa cuaca panas atau hujan, semburkan wajah kamu dengan setting spray Urban Decay. Formulanya yang terbaik ini dikatakan menyerap minyak, kawal kilauan dan menjadikan mekap kekal di wajah tanpa capuk atau rosak.

Foto – Sephora

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spray 

Jangan lupa untuk kunci mekap kamu dengan setting spray Charlotte Tilbury okay. Sambil beri penghidratan pada wajah, ia juga boleh menjadi ‘perisai’ yang menghalang peluh, air hujan, kotoran dan sebagainya.

Foto – Zalora

CHANEL Le Volume De Chanel Waterproof Mascara

Perasan tak bila kamu berpeluh atau terkena hujan, ada sesetengah mascara akan jadi comot di sekitar mata. Jadi untuk kekalkan mascara kamu di tempatnya, kamu perlu mencuba mascara daripada Chanel.

Foto – Chanel

Gabungan kalis air dan tambah volume pada bulu mata dalam satu masa, perfect!

IT Cosmetics CC+ Cream Oil-Free Matte With SPF40

Terbaik daripada Sephora, CC+ Cream IT Cosmetics ini memberikan kemasan yang semula jadi, menutup cela di wajah dan formulanya pula bukan komedogenik. Tak kiralah dalam cuaca panas atau hujan, kamu akan dapat kekalkan dewy look yang kamu suka!

Foto – Sephora

Selesai masalah mekap cair kan, happy shopping!

Tags: mekap anti-peluhmekap kalis airproduk mekap terbaiksephora
Share7SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Sama Ada Hujan Atau Panas, Item Ini Buatkan Mekap Maintain Sepanjang Hari

  3. 3

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.