Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Kafe Mesra Haiwan Di KL & PJ Yang Boleh Kamu Bawa Si ‘Bulus’ Bersama!

by Soph.Azz
August 4, 2022
Foto - @popykatkafe (IG)

Foto - @popykatkafe (IG)

18
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sesiapa yang mempunyai haiwan peliharaan, pasti tahu apa perasaan situasi ini. Bersiap-siap mahu keluar makan atau berjumpa dengan rakan, si bulus akan terus ekori pergerakan kamu dari awal bersiap hingga akhir.

Bila nak keluar tutup pintu rumah, rasa tak sampai hati pula kan untuk tinggalkannya sendirian di rumah?

Apa kata kali ini kamu bawa sekali haiwan kesayangan kamu pergi ke kafe yang mesra haiwan ini. Sambil menjamu selera, mereka juga boleh menemani atau ‘bergaul’ dengan haiwan-haiwan lain.

Di bawah, DIVA senaraikan kafe mesra haiwan sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang boleh kamu kunjungi bersama si bulus!

Clawset

Perlukan kafe yang tenang untuk kamu dan si bulus? DIVA syorkan untuk kamu kunjungi kafe Clawset; sambil makan si bulus dapat ‘berkawan’ dengan kawan berbulu yang lain.

Foto – @clawsetpetkl (IG)

📍 36A, Jalan SS22/25, Damansara Jaya 47400 Petaling Jaya

⏰ Isnin-Ahad (10pagi-8malam)

📞  +60174700618

Base Camp 

Bar kopi terletak di atas bumbung di Chow Kit ini membolehkan kamu menikmati makanan sambil melihat pemandangan yang indah. Jangan lupa untuk cuba pasta, sandwich atau secawan kopi yang disediakan oleh profesional.

Foto – @basecamp_kl (IG)

📍 62, Tingkat 2 The Row KL, Jalan Doraisamy, 50300, Kuala Lumpur

⏰  Isnin & Rabu-Khamis (12tengah hari-11malam) | Jumaat (12tengah hari-12 pagi) | Sabtu (10pagi-12pagi) | Ahad (10pagi-11malam)

📞 +60326023152

Huskiss Cafe

Walaupun kafe ini mesra haiwan, kamu tak boleh membawa Huskiss atau haiwan peliharaan lain apabila kunjungi kafe; ini kerana ia mempunyai Huskiss sendiri yang boleh kamu lawati dan bermain.

Foto – @huskiss (IG)

📍 80-G, Block G, Zenith Corporate Park, Jalan SS7/26, Kelana Jaya 47300 Petaling Jaya

⏰ Rabu & Jumaat-Ahad (11pagi-8malam) | Khamis (7malam-8malam)

📞 +60378873109

Bean Brothers

Salah satu kafe mesra haiwan yang popular, kafe Bean Brothers bukan saja beri peluang untuk kamu nikmati kopi, tetapi si bulus juga. Pesan ‘Puppycino’ iaitu whipping cream yang hiasi dengan topping yang sihat!

Foto – @beanbrothers.my (IG)
BACA:  Cafe Hunting! Jelajah 4 Kafe Minimalis Ini Sekitar Lembah Klang

📍 G-1, THE LINC No, 360, Jln Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur

⏰  Setiap hari (8:30pagi-8malam)

Poppy Kat Cafe 

Kafe yang terletak di Cheras ini membenarkan kamu membawa haiwan peliharaan sendiri tetapi kamu perlu pastikan mereka ‘diikat’ setiap masa. Selain itu, kamu juga berpeluang untuk bermain dengan beberapa ekor kucing yang dibela oleh pemilik kafe ini dan menggunakan barang permainan kucing dalam ruangan kedai.

Foto – @popykatkafe (IG)

📍 34A, Jalan Nadchatiram, Taman Taynton View, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

⏰ Isnin-Khamis (10pagi-10malam) | Jumaat-Ahad (10pagi-12pagi)

📞 +601154173453

Hujung minggu ini bawa si bulus ke kafe bersama okay?

FILED UNDER kafe kuala lumpurkafe mesra haiwankafe petaling jayapet-friendly cafe
Share7SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.