Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

7 Perfume Unisex Terbaik Untuk Kamu Dan Boyfriend Kongsi Bau Haruman

by Indah Aziz
August 6, 2022
Foto - ABC News

Foto - ABC News

107
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tak kira lelaki atau wanita pasti punyai haruman kegemaran minyak wangi bukan? Tapi biasanya haruman minyak wangi tidak boleh dikongsi kerana terbatas dengan konsep ‘jantina’.

Haruman yang manis dikategorikan untuk wanita. Manakala haruman yang woody atau spices diberikan kepada lelaki maskulin. Macam tak adil pula, sepatutnya apa jua not haruman boleh dipakai tak kira jantina.

DIVA percaya ramai yang suka curi-curi guna perfume pasangan masing-masing kan? Nah, bagi yang belum tahu, sebenarnya ada sahaja perfume untuk ‘gender neutral’. Jadi lelaki ke perempuan boleh sembur.

Foto – Harper’s Bazaar

Senang kata, kamu boleh kongsi wangian dengan pasangan, bonus senang nak bawa bila pergi travel!

#1 Calvin Klein One Eau De Toilette Spray [BELI]

CK One bukan baru lagi sebagai perfume unisex. Ia telah menjadi pilihan ramai sejak tahun 1994 lagi! Wangian yang menyegarkan dari not citrus diikuti floral dan sedikit musky menjadikan ia antara wangian lelaki dan wanita yang tersohor.

Foto – The Perfume Shop

#2 Jo Malone Wood Sage & Sea Salt Cologne [BELI]

Tak ketinggalan, Jo Malone turut mempunyai wangian unisex yang tersendiri. Gabungan kesegaran bau garam laut dan tekstur mineral batuan memberi aura segar dan sofistikated pada si pemakai.

Foto – Fashion for Lunch

#3 Gucci Mémoire D’Une Odeur Eau De Parfum [BELI]

Bauan cinta yang membangkitkan memori silam dari Gucci. Ia haruman mewah yang menggunakan bauan top herba dan bungaan klasik. Kalau anda yang suka bauan yang tidak terlampau manis atau musky, perfume ini wajib beli. Malah, Harry Style diambil sebagai idea sebalik perfume ini.

Foto – Tea-Scented Library

#4 Maison Margiela Replica Matcha Meditation Eau De Toilette [BELI]

Minyak wangi ini baru diperkenalkan pada tahun lalu. Ia wangian unik dari dari teh hijau diikuti bunga jasmin dan coklat putih. Setiap semburan akan meninggalkan rasa tenang dan harmoni.

Foto – Maison Margiela | Fragrances

#5 fresh Fresh Life – Eau De Parfum [BELI]

Kongsi haruman segar dan manis dari minyak wangi jenama fresh. Ia kaya dengan top not citrus dan dilapisi seimbang haruman manis floral, aquatic dan spices. Perfume sangat best bila disembur pada waktu pagi atau sesudah mandi.

Foto – Carousell

#6 Guerlain Aqua Allegoria Herba Fresca Eau De Toilette [BELI]

Bau yang lembut dan membangkitkan dunia fantasi untuk wanita dan lelaki. Campuran bau tenang herba dan sedikit sentuhan citrus lemon memberi jejak bau yang cukup unik.

Foto – Sephora

#7 Tom Ford Beauty Black Orchid Eau De Parfum [BELI]

Haruman pedas yang disulam manis bungaan orkid ini membuatkan ia semburan sesuai untuk wanita mahupun lelaki. Ramai yang kata perfume ini seolah direka untuk wangian date night atau menghadiri majlis penting.

Foto – Who What Wear

Lepas ini kalau rindu teman lelaki, dah boleh sembur bau minyak wangi. Senang bila sama bau, terus boleh hilang rasa rindu.

FILED UNDER kongsi minyak wangiminyak wangi unisexperfume unisex
Share43SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.