Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Gincu Bestseller Dari Gucci Beauty, Buat Solekan Malar Segar Lebih Anggun!

by Indah Aziz
August 7, 2022
Foto - survivorpeach

Foto - survivorpeach

14
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Lipstick sekurang-kurangnya pasti ada pada setiap wanita. Ia item penting yang mampu menyerlahkan seri si pemakai.

Jika anda sukakan solekan yang natural atau kini lebih dikenali sebagai solekan malar segar. Pemilihan gincu sangat penting, ia wajib membawa karakter yang lembut, ayu dan hasil solekan yang tidak lapuk.

DIVA terpikat dengan koleksi gincu dari Gucci Beauty yang mendapat rating tinggi di Sephora. Ternyata pilihan warna dan formula yang diberikan memenuhi kehendak peminat mekap.

Jadi DIVA ingin berkongsi warna gincu Gucci Beauty yang cukup cantik untuk anda dapatkan.

Gucci Rouge à Lèvres Satin Lipstick [RM175]

Foto – Temptalia

Gincu finishing satin ini membuatkan bibir tampak menggiurkan dan segar sepanjang masa. Ia gincu satin yang tahan lama, sangat selesa pada bibir dan mempunyai kepekatan warna yang dramatik.

Ini gincu pertama saya dari Gucci, saya ambil risiko mencuba warna secara virtual. Ternyata ia berbaloi! Warna langsung tidak comot walaupun ketika saya memakai pelitup muka. Bila warnanya makin pudar, ia meninggalkan kesan yang cantik. Namun, saya terpaksa tarik satu bintang kerana baunya yang agak kuat. 

Foto – Gucci / Net-a-Porter

Warna kod 105 Susan Nude antara yang terbaik untuk melengkapkan solekan malar segar. Ia sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai tona kulit sawo matang atau tan. Warna kecoklatan nude beige yang tidak terlalu gelap mahupun terang dapat memberi aura romantis.

Gucci Rouge à Lèvres Mat Matte Lipstick [RM175]

Foto – girlstyle.com

Jika anda tak suka finishing yang berkilat seperti satin, boleh cuba rangkaian gincu matte Gucci yang ini pula. Ia antara koleksi Gucci Beauty yang menjadi idaman ramai. Jangan khuatir, bibir tetap rasa lembap dan ringan. Apatah lagi warna matte sangat menonjol dan sukar padam.

Ingatkan gincu matte Gucci ini kering seperti yang lain, rupanya tidak! Ia sangat lembut bila disapu pada bibir.

Foto – Gucci / Pinterest
BACA:  Inspirasi #FloraFantasy, Gucci Beauty Keluarkan Wangian & Kosmetik Edisi Terhad

Pilihan warna kod 208 They Met in Argentina sangat memikat dari pandangan mata DIVA. Kombinasi warna merah jambu dan nude ini dapat melembutkan seluruh wajah atau solekan si pemakai. DIVA dapat bayangkan dengan solekan mata soft smokey dipadankan dengan warna bibir ini akan terlihat anggun. Ia juga warna hot-selling tau!

Setuju tak pembaca DIVA dengan dua lipstick Gucci dan warna diatas? Kalau nak dapatkan terus sahaja tekan pautan harga yang DIVA sediakan.

FILED UNDER gincu gucci beautygucci beauty
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.