Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Tak Berminyak & Tiada ‘White Cast’, Sunscreen Ini Paling Ramai Guna

by Lisa AG
August 3, 2022
Foto - KDramaStarz

Foto - KDramaStarz

21
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kulit kita berfungsi untuk melindungi kita daripada sinaran ultraungu yang berbahaya, itulah sebabnya kita harus menggunakan pelindung matahari untuk melindungi kita daripada sinaran UV yang merosakkan.

Walaupun pada hari mendung, kulit kita terdedah kepada sinaran matahari yang boleh menyebabkan kanser kulit, perubahan warna dan kedutan dari semasa ke semasa.

Akibat daripada itu, kulit akan rosak dan kelihatan lebih tua. Kunci untuk anti-penuaan adalah sunscreen. Kalau kamu jadikannya sebagai rutin, nescaya kulit kamu akan terlihat muda dan sihat sentiasa.

Entry kali ini, DIVA nak kongsi beberapa sunscreen yang mendapat respon positif pengguna, sampaikan tular di media sosial.

Komen pengguna, sunscreen ini memberi kelembapan secukupnya, tidak meninggalkan white cast dan terasa selesa bila dipakai.

Beauty Of Joseon Relief Sun Rice + Probiotics

Foto – Beauty of Joseon

Formulanya berkrim tetapi sangat selesa dan ringan pada kulit. Walaupun kamu menggunakan jumlah yang banyak beberapa kali, ia tidak melekit dan memberikan kemasan lembap seperti krim pelembap. Mengandungi 30% ekstrak beras dan ekstrak bijirin yang ditapai, ia memberikan kelembapan dan khasiat pada kulit.

IKLAN

La Roche Posay Anthelios Invisible Fluid Non-Perfumed SPF50+

Foto – La Roche Posay

Memberikan perlindungan spektrum luas menghalang kerosakan yang disebabkan oleh UVA dan UVB, serta pencemaran. Sangat tahan terhadap air, peluh dan pasir. Anti pedih mata. Tekstur ringan dan tidak melekit, walaupun bila dipakai beberapa kali.

ISNTREE Hyaluronic Acid Watery Sun Gel

Foto – Isntree

Diperkayakan dengan astaxanthin untuk meningkatkan keanjalan kulit, ceramide untuk menguatkan penghalang kulit dan ekstrak centella asiatica untuk menenangkan kulit. Formula tidak melekit dan ringan, tidak meninggalkan kesan pada kulit, menghasilkan kemasan licin serta kulit dewy sepanjang hari.

COSRX Aloe Soothing Sun Cream

Foto – Cosrx

Formula mengandungi aloe untuk menenangkan dan menyegarkan kulit, tekstur yang ringan mampu melembapkan dalam masa yang lama. Bila dipakai, ia blend dengan baik secara menyeluruh tak mengira warna kulit.

Neogen Day-Light Protection Sun Screen SPF 50/PA+++

Foto – Neogen

Ia bukan sahaja menyerap dengan cepat tanpa meninggalkan kulit terasa berminyak atau capuk, tetapi ia juga tidak mempunyai wangian dan menghidratkan kulit. Tekstur yang sangat ringan, serta memberikan kamu glow yang berbeza daripada yang lain.

Antara pilihan di atas, ada yang kamu guna tak?

Tags: best sunscreenkrim pelindung mataharisunscreen
Share8SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

“Perlu Ke Cuci Wajah Dengan Foaming Cleanser Waktu Pagi?”- Intai Apa Kata Ahli Dermatologi
Kecantikan

“Perlu Ke Cuci Wajah Dengan Foaming Cleanser Waktu Pagi?”- Intai Apa Kata Ahli Dermatologi

August 12, 2022
“Warna Cantik, Mask-Proof” – Memang Puas Hati Pakai Etude House Fixing Tint
Kecantikan

“Warna Cantik, Mask-Proof” – Memang Puas Hati Pakai Etude House Fixing Tint

August 12, 2022
Keanggunan Amyra Rosli Layakkan Dia Bergelar Duta Baru Safi Youth Gold
Kecantikan

Keanggunan Amyra Rosli Layakkan Dia Bergelar Duta Baru Safi Youth Gold

August 11, 2022
Aroma Harum Bunga Violet Jadi Pilihan Hati Hermés Parfums
Kecantikan

Aroma Harum Bunga Violet Jadi Pilihan Hati Hermés Parfums

August 10, 2022
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  4. 4

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.