Teruja tak, nak melihat CL, Jackson Wang, Pink Sweat$, dan ramai lagi penyanyi hebat beraksi di pentas Good Vibes Weekender 2022.?
Good Vibes Weekender yang sangat ditunggu-tunggu membuat kemunculan semula, akan menjadi pengalaman festival pertama di bawah jenama Good Vibes dan akan dihoskan di Surf Beach, Sunway Lagoon.
- Foto – Good Vibes Festival
CL akan menjadi bintang utama untuk hari Jumaat, 23 September 2022, bersama-sama Joe Flizzow, Dolla, Sonaone, Surf Mesa dan Claudia. Manakala pada 24 September 2022, Jackson Wang akan menerajui bersama dengan Beabadoobee, Pink Sweat$, NYK, The Peachskins dan ramai lagi.
IKLAN
Di mana nak mendapatkan tiket? Kamu boleh layari www.goodvibesfestival.com pada hari Selasa, 2 Ogos 2022 jam 3 petang untuk mendapatkan tiket early bird pada harga RM399 (pas dua hari). Selepas promosi awal, tiket akan dijual pada harga RM499 (pas dua hari), manakala pas VIP berharga RM999 (pas dua hari).
Pintu akan dibuka pada pukul 4 petang pada kedua-dua hari untuk Good Vibes Weekender 2022.
Info lanjut, pergi ke laman web mereka www.goodvibesfestival.com.