Kalau kamu masih keliru, sebutan sebenar llaollao adalah “yao yao”
Tahniah kepada jenama froyo, llaollao atas pembukaan kedai flagship pertamanya di Pavilion Kuala Lumpur. Menariknya kedai flagship ini, ia dilengkapi dengan hiasan futuristik yang berona hijau-putih yang ikonik.
Bukan itu saja kamu juga dapat melihat pokok llaollao yang diperbuat daripada tub epal bawa pulang serta menikmati 4 menu terbaru yang disediakan eksklusif di kedai flagship ini.
- Foto – @llaollao_my (IG)
Salah satu menu yang menarik perhatian DIVA adalah llaollao Brioche; di mana froyo, topping dan sos pilihan diletakkan di tengah roti brioche yang dipanaskan. Ala-ala aiskrim goreng, memang sedap!
IKLAN
Selain itu kamu juga boleh nikmati menu terbaru lain iaitu llaollao Brownie, llaollao Frappe dan llaollao NEXT; kamu boleh cipta versi sendiri dengan gabungan topping yang pelbagai.
Pelanggan yang mendaftar di MyllaollaoClub [Android| iOS] bakal menikmati diskaun eksklusif sebanyak 15% untuk beberapa item terpilih.
Pada masa yang sama, peminat llaollao juga boleh dapatkan merchandise pertamanya iaitu llaollao Say My Name! Tote Bag, llaollao Bling-it dan swirl Tumbler dan llaollao Tiny Tub Tee.
Kesemua barangan merchandise ini, kamu boleh beli di [Shopee] dan [Lazada].