Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Baru Tahu 8 Jenama Tersohor Ini Bawah Naungan HABIB Group

by Lisa AG
August 1, 2022
Foto - HABIB

Foto - HABIB

28
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Psstt… Para pelanggan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM10,000 dengan menyertai peraduan media sosial yang diadakan.

Dahulu kita kenalinya denga nama Habib Jewels, kini HABIB berbangga menjadi naungan untuk banyak jenama barangan kemas tersohor.

Melancarkan Pameran Jenama Antarabangsa di IOI City Mall, Putrajaya. Istimewanya pameran ini adalah untuk memberi pengalaman kepada penggemar barangan kemas dan perhiasan mewah untuk melihat pelbagai barangan berjenama termasuk aksesori, jam tangan, minyak wangi, skarf, cermin mata dan barangan kulit.

Foto – Pengerusi Eksekutif HABIB Group, Dato’ Sri Meer

Bermula sebagai sebuah jenama yang kecil, kini HABIB Group telah berkembang bukan sahaja menerusi jenama barangan tersendiri, tetapi reputasi HABIB yang dipercayai ini juga telah menyumbang kepada kerjasama dengan beberapa jenama terkenal antarabangsa sebagai pengedar eksklusif di seluruh Malaysia.

Pengerusi Eksekutif HABIB Group, Dato’ Sri Meer mengambil langkah ini sebagai satu usaha untuk mengembangkan potensi perniagaan yang lebih meluas dalam industri barang kemas dan fesyen. Antara jenama dipamerkan adalah HABIB, Hearts On Fire®, Stephen Webster, Korloff, Pandora, Tous dan Ice Watch.

HABIB

Foto – HABIB

Bermula dengan perniagaan barangan kemas berlian dan batu permata, HABIB merupakan jenama tempatan yang mementingkan sentuhan warisan dalam setiap rekaan mereka. Koleksi-koleksi yang ditawarkan termasuk barangan kemas bertatahkan berlian, batu permata, mutiara, emas 916, Oro Italia 916® dan emas 999 untuk pelaburan seperti jongkong emas dan syiling wafer emas.

KORLOFF

Keunikan Korloff yang terkenal dengan legenda batu berlian hitam yang menyimpan pelbagai kisah semenjak awal kurun ke-20 sehingga kini. Ia tidak hanya menawarkan pelbagai seleksi barangan kemas, malah mereka turut menawarkan koleksi jam tangan mewah, wangi-wangian eksklusif, ‘cufflink’ serta pen yang premium.

IKLAN

HEARTS ON FIRE®

Foto – HABIB

Ia merupakan jenama antarabangsa dari Amerika Syarikat yang pertama untuk bernaung di bawah HABIB Group. Terkenal dengan slogan ‘Potongan Berlian Paling Sempurna Di Dunia’, setiap berlian yang hasilkan mempunyai kilauan yang memukau menerusi cara potongan berlian yang dihasilkan oleh teknik-teknik yang khas.

STEPHEN WEBSTER

Berinspirasikan artistik dan inovatif, jenama ini menawarkan barang kemas kontemporari dari London dengan cita rasa ketukangan tradisional yang unggul dan disegani dalam pertukangan British. Koleksi-koleksi jenama ini dihasilkan dengan sentuhan peribadi perekanya, Stephen Webster, menerusi pendekatan yang unik.

PANDORA

Foto – HABIB

Pandora lebih dikenali sebagai barangan kemas yang melambangkan ekspresi diri dan meraikan sesuatu peristiwa dalam kehidupan. Setiap charm yang direka mempunyai jalan penceritaan tersendiri kepada penggunanya menerusi gaya yang ditonjolkan.

TOUS

Jenama Sepanyol ini sudah bertapak lebih dari 50 negara dan mempunyai 700 butik serata dunia. Selain menawarkan barangan aksesori, jenama ini turut membawa barisan produk seperti minyak wangi, beg kulit, dan juga skarf.  Setiap rekaan ini lebih menonjol kepada golongan muda yang menyukai tren yang terkini.

ICE WATCH

Foto – HABIB

Berasal dari Belgian, koleksi jam tangan ini amat terkenal dalam golongan kanak-kanak dan remaja. Malah, koleksi-koleksi terbaru mereka juga banyak menampilkan sisi lain jenama ini yang lebih menonjol kepada golongan lelaki dan wanita secara umum.

ORO ITALIA 916®

Membawa kepakaran dan teknologi dari Itali khusus untuk HABIB, koleksi ini telah memberikan kelainan kepada pencinta emas menerusi pelbagai warna termasuklah emas kuning, ros dan putih. Rekaan-rekaan ini mendapat sentuhan kemasan yang unik pada setiap satunya seperti ‘high-polish’, potongan berlian dan juga ‘Cataphoresis Lacquer’.

Pameran Jenama Antarabangsa berlangsung di ruang legar IOI City Mall, Putrajaya bermula 27 Julai sehingga 7 Ogos 2022. Info lanjut, boleh ke www.habibjewels.com.

Tags: Barang Kemas HABIBHABIBhabib group
Share11SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Hermes & Baju Kurung – Gandingan Tak Jemu Che’ Puan Besar Khaleeda Yang Mempesona…
Fesyen

Hermes & Baju Kurung – Gandingan Tak Jemu Che’ Puan Besar Khaleeda Yang Mempesona…

August 13, 2022
Kisah Di Sebalik Baju Turtleneck Hitam Steve Jobs Rekaan Mendiang Issey Miyake
Fesyen

Kisah Di Sebalik Baju Turtleneck Hitam Steve Jobs Rekaan Mendiang Issey Miyake

August 12, 2022
“Genderless Clothing”- #DIVAKongsi Barisan Selebriti Lelaki Berani Gayakan Skirt
Fesyen

“Genderless Clothing”- #DIVAKongsi Barisan Selebriti Lelaki Berani Gayakan Skirt

August 12, 2022
Coach Perkenal Koleksi The Coachies, Miliki 5 Watak Yang Super Fun!
Fesyen

Coach Perkenal Koleksi The Coachies, Miliki 5 Watak Yang Super Fun!

August 11, 2022
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  4. 4

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

  5. 5

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.