Di Malaysia apabila berjalan keluar, memang sesetengah individu akan mula risau. Iyalah dengan cuaca yang panas, mereka akan jadi cepat berpeluh terutamanya di bahagian wajah.
Tambahan pula sekarang ini kita masih lagi mengenakan mask, bila wajah mula berpeluh, kamu akan rasa melekit dan berminyak. Jika tidak bernasib baik, jerawat akan mula tumbuh dengan banyak dan susah nak rawat.
DIVA yang turut alami perkara yang sama, mula mencari beberapa produk yang boleh selesaikan masalah tersebut. Selepas lakukan research dan bandingkan pelbagai produk, DIVA tertarik untuk mencuba kit FANBO Acne Solution dan hasilnya sangat memuaskan!
Bagi mereka yang mempunyai masalah yang sama seperti DIVA (kulit berminyak dan berjerawat), baca perkongsian di bawah;
Pertama Kalinya DIVA Cuba
Pertama kali mencuba, DIVA tertarik dengan kit ini disebabkan oleh bahan yang digunakan oleh FANBO Acne Solution. Ini kerana setiap satu produknya dilengkapi dengan bahan-bahan semula jadi dan aktif; Tea Tree Oil, Hydragenic Solution, Silver Active dan Pro Vitamin B.
- Foto – Arkib DIVA
Bagi merawat masalah kulit DIVA, kit ini memang sesuai sangatlah kerana DIVA dapat mulakan langkah penjagaan wajah bagi dapatkan kulit yang lebih sihat dan segar. Paling penting masalah jerawat dan berminyak dapat dikurangkan!
DIVA hanya gunakan kit FANBO ini sebanyak dua kali sehari iaitu selepas bangun tidur (pagi) dan sebelum tidur (malam).
Menerusi lima langkah ditetapkan oleh FANBO yang dilakukan selama dua minggu; DIVA dapati wajah makin kurang berminyak dan jerawat mula kecut serta susah muncul.
Selepas Guna, Ini Yang DIVA Rasa
Menerusi kit FANBO Acne Solution, DIVA mendapat lima produk penjagaan wajah seperti pencuci, toner, gel jerawat, toner, gel pelembap dan loose powder. Selepas guna kelima-lima produk ini dalam masa dua minggu, ini yang DIVA alami;
#1 FANBO Acne Solution Facial Foam
DIVA merupakan individu yang sangat memilih apabila melibatkan pencuci wajah. Bukan apa kebanyakan pencuci akan membuatkan wajah menjadi terlalu kering dan tidak selesa.
- Foto – Arkib DIVA
Tetapi tidak pula bila menggunakan pencuci FANBO. Teksturnya sedikit creamy tetapi tidak terlalu cair dan pekat. Warnanya pula putih dan bila dicampur air, ianya tidak terlalu berbuih di wajah. Selepas membilas, wajah terasa sangat ringan dan sedikit kesat; tidak seperti pencuci gel. Baunya pula seperti bunga sakura dan tidak merengsakan kulit.
IKLAN
#2 FANBO Acne Solution Face Toner
Botol penutup toner ini perlu ditekan untuk buka-tutup, dan DIVA rasakan ianya kurang sesuai kerana ada ketikanya ia mudah tertumpah apabila diletakkan dalam beg. Selain itu salah satu bahan toner ini adalah alkohol; jadi DIVA berasa sedikit risau kerana takut kulit akan jadi merengsa. Tetapi selepas pakai selama dua minggu, tiada sebarang rengsaan di wajah.
- Foto – Arkib DIVA
Bukan hanya di wajah, DIVA juga tuangkan toner di kapas dan sapu di seluruh leher juga.
Tekstur toner ini pula cair seperti air dan berbau sedikit menyengat; mungkin disebabkan oleh alkohol. Selepas pakai toner, kulit yang berasa sedikit kesat tadi berubah menjadi lebih lembut.
#3 FANBO Acne Solution Acne Gel
Berbeza daripada sesetengah gel jerawat jenama lain, gel ini membuatkan tempat jerawat tidak rasa ‘ketat’, kering dan kasar. Yang bestnya, sekitar dalam masa tiga ke empat hari saja, jerawat mula reda dan hilang.
- Foto – Arkib DIVA
Teksturnya adalah gel yang tidak mudah melekit, cepat penyerapannya dalam kulit dan tidak bertompok ketika ia kering; jadi sesuai kalau nak pakai pada waktu pagi. Tetapi secara peribadinya, DIVA lebih suka pakai sebelum tidur kerana kesannya lebih cepat dan ketara.
#4 FANBO Acne Solution Moisturizer Gel
Selepas gunakan gel jerawat dan tunggu ia kering, DIVA mula sapukan gel pelembap di seluruh wajah serta leher. Teksturnya berasaskan air ini membuatkan ia menyerap ke dalam kulit dengan cepat dan tidak rasa melekit.
- Foto – Arkib DIVA
Gel pelembap ini membuatkan kulit wajah rasa sangat lembut. Bukan itu saja, DIVA juga dapati bekas jerawat di wajah mula berkurangan dan kurang ketara. Minyak di wajah pun jadi berkurangan dan tidak berkilau selepas beberapa jam penggunaan; berbeza seperti sebelum ini.
#5 FANBO Acne Solution Loose Powder
Lembut di wajah, loose powder ini bila DIVA sapu di wajah ia menyerupai warna kulit asal. Selepas beberapa jam DIVA guna, kulit masih nampak segar dan sangat sedikit kilauannya kerana ia mengawal jumlah penghasilan minyak di wajah.
- Foto – Arkib DIVA
Loose powder ini juga tidaklah full coverage kerana wajah DIVA masih nampak sedikit-sedikit bekas jerawat.
3 Sebab Kenapa DIVA Syorkan Kamu Untuk Cuba Juga
Selepas dua minggu DIVA mencubanya sendiri, secara peribadinya ada beberapa sebab yang membuatkan DIVA mahu syorkan untuk kamu cuba;
- Foto – Arkib DIVA
- Formulasi setiap produknya direka untuk tahan lama, ringan dan mudah diserap bagi memberi perlindungan dalam jangka masa yang lama.
- DIVA sangat syorkan kamu guna gel jerawat dan loose powder kerana kesan selepas gunanya sangat best dan terbaik.
- Alami penyembuhan secara semula jadi tanpa membuatkan kulit jadi kering dan merengsa.
Jika berminat, beli kit FANBO Acne Solution di Lazada dan Shopee.