DIVA perlu katakan kasut Crocs kini kembali mencetuskan fenomena terutamanya dalam kalangan wanita! Apabila melihat di laman web atau di butiknya kebanyakan model klasik iaitu putih dan saiz wanita, habis dijual.
Buat yang hairan kenapa ia jadi popular semula dan ‘kegilaan’ ramai, salah satu sebabnya adalah kerana Jibbitz. Pelekap kartun yang comel dan unik di atas Crocs kamu boleh beri penampilan yang lebih fun dan trendy tau!
Bila ada kasut Crocs, tibalah masanya untuk kamu custom sendiri Jibbitz di atasnya. Jika perlukan idea yang comel dan fun, DIVA ada beberapa idea yang bakal buat kamu jatuh cinta!
Jika gemarkan haiwan…
- Foto – Pinterest
Memandangkan kebanyakan wanita sukakan atau ada yang membela haiwan peliharaan, inilah masanya untuk ‘abadikan’ mereka di atas Crocs kamu. Kamu boleh pilih sama ada kucing, anjing, unicorn, dinosaur, sloth dan bermacam-macam lagi.
Untuk si kaki travel pula…
- Foto – Pinterest
Pencinta alam sekitar dan si kaki travel pula boleh gunakan Jibbitz seperti Flowers & Nature atau Travel & Adventure; ada tumbuhan, bunga, pelangi, glob, awan serta ikon berkaitan dengannya.
IKLAN
Tak terlepas juga peminat animasi…
- Foto – Pinterest
Paling popular, kamu boleh memilih pelbagai watak daripada animasi filem atau permainan seperti Toy Story, Mickey Mouse, Peanuts, Super Mario, Harry Potter hingga ke Avengers.
Kalau kamu seorang foodie, boleh juga hias begini…
- Foto – Pinterest
Daripada Jibbitz berbentuk roti, spaghetti, alpukat, pic, keju, gula-gula hingga ke wain, kopi dan susu; memang rambang mata nak pilih dan hias Crocs. Jika kamu suka semuanya dan tak tahu nak pilih, DIVA sarankan untuk kamu letak semuanya di atas Crocs.
Sekiranya mahu mix and match, buat macam ini…
- Foto – Pinterest
Lebih sukakan untuk pasang semua Jibbitz tanpa mengira tema dan kategori, kamu juga boleh mix and match. Sama ada gabungkan huruf, makanan, alam sekitar atau haiwan, semuanya terpulang pada kamu.
Untuk custom Jibbitz, kamu boleh hias sehingga 26 Jibbitz memandangkan sepasang Crocs mempunyai 26 lubang (13 lubang per sisi).
Selamat menghias!