Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Bintik Hitam Confirm Hilang Dalam 2 Minggu Dengan Serum Baru Eucerin!

by Soph.Azz
August 1, 2022
Foto - Eucerin

Foto - Eucerin

54
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Memandangkan cuaca di Malaysia sangat panas terik, memang tak hairanlah kalau kebanyakan kita mempunyai bintik hitam; pigmentasi dan juga hiperpigmentasi di wajah.

Walaupun ada pelbagai cara untuk kurangkan penampakan bintik hitam; tetapi DIVA ada satu solusi yang sememangnya berkesan dan terbaik untuk kamu cuba.

Menggunakan serum terbaru Eucerin iaitu Spotless Brightening Crystal Booster Serum; kamu akan mendapati kesan perubahannya hanya dalam masa dua minggu!

Rumusan Formula Terbaik Dalam Satu Serum!

Rentetan daripada rangkaian Spotless Brightening, serum ini dirumus menggunakan Thiamidol yang digabungkan dengan Crystal Technology. Kesannya bintik hitam dikurangkan sehingga 75%, manakala kulit lebih terhidrasi sehingga 98% dalam masa dua minggu (jika dipakai secara berterusan).

Foto – Eucerin

Thiamidol adalah bahan aktif yang merawat tanda pigmentasi dan hiperpigmentasi selepas keradangan. Crystal Technology pula menggabungkan Hidrogel Asid Hyaluronik dan Gliserin untuk beri penghidratan pada kulit.

Yang best tentang serum ini, ia mempunyai tekstur yang ultra ringan; tidak melekit, tidak berminyak dan penyerapannya sangat cepat untuk penggunaan yang selesa.

Nak Lagi Berkesan, Gandingkan Dengan…

Selain daripada serum, Eucerin turut memperkenalkan produk barunya iaitu Spotless Brightening Booster Essence; pati berasaskan air.

Foto – Eucerin

Essence ini dirumus dengan Pathenol, Asid Hyaluronik dan Gliserin, malah turut di-infuse dengan Provitamin B5 serta Vitamin C; melegakan, menenangkan dan hidupkan semula kulit yang rosak dengan dos antioksidan serta kolagen yang tinggi.

Bagi menghilangkan bintik hitam di wajah, DIVA syorkan untuk kamu gunakan essence ini sebelum serum supaya kamu dapat melihat dan merasai hasil yang optimum.

Eucerin Spotless Brightening Crystal Serum (RM209/30ml) dan Eucerin Spotless Brightening Booster Essence (RM139/100ml) boleh dibeli di farmasi utama sahaja.

BACA:  Patut Viral, Mekap Flawless Lepas Guna Sunscreen Eucerin Daily Hydration
FILED UNDER eucerineucerin spotless brightening booster serum
Share22SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.