Selamat menyambut ulang tahun yang ke-11 Tokyo Street!
Bersempena dengan meraikan ulang tahun Tokyo Street yang ke-11, Pavilion KL sedang mengadakan pameran “Art of Kimono” yang menampilkan lebih 100 kimono Jepun; bermula sekarang hingga 31 Julai 2022.
Bila kunjungi Tokyo Street, sertai ini…
Sambil-sambil melihat pameran kimono asli dan sebagainya; DIVA syorkan untuk kamu cuba beberapa aktiviti dan rasai pengalaman menarik berikut;
- Foto – Pavilion KL
- Membeli belah di kedai pop-up artisan Jepun daripada pinggan mangkuk buatan tangan, barang hiasan, aksesori hingga ke skincare.
- Sertai bengkel aktiviti kebudayaan Jepun: Pembuatan Kain Tradisional Jepun, Pembuatan Aksesori Kain Tradisional, Pembuatan Aksesori Lolita, Cara Menggunakan Furoshiki dan Permainan Katanuki Tradisional Jepun.
- Bersolek sebagai Lolita atau cuba Yukata (kimono musim panas) dan ambil gambar di Centre Court atau Tokyo Street.
- Foto – Pavilion KL
- Nikmati masakan Jepun di gerai pop-up di Tingkat 6; bento sushi, Yatai Ramen, teh hijau hingga ke bir Asahi.
- Selami budaya popular Jepun iaitu konvensyen komik dan permainan AniManGaki.
- Pertunjukan cosplay, pertandingan tarian AniManGaki dan persembahan muzik secara langsung pada 30-31 Julai 2022.
- Foto – Pavilion KL
- Meet and greet Cosplayer Malaysia Hakken, YingTze dan Preston pada 30-31 Julai 2022.
- Sewa kimono atau yukata di Kuma Yukata untuk bergambar di Nakamise atau di tanglung Asakusa ikonik mewakili Tanglung Kaminarimon di Kuil Senso-ji, Jepun.
Ada ganjaran menarik menanti!
Pelanggan yang membelanjakan lebih RM200 melalui gabungan dua resit di Tokyo Street, atau satu resit di seluruh Pavilion KL akan layak untuk menyertai peraduan Cabutan Bertuah.
IKLAN
- Foto – Pavilion KL
Hadiahnya pula bernilai lebih RM160,000 daripada Isuzu, dengan pemenang hadiah utama memandu pulang tunggangan Isuzu baharu!
Pelanggan yang membelanjakan RM80 dalam satu resit di Tokyo Street atau RM150 di kedai khusus Pavilion KL akan menerima Happy Gifts yang dipenuhi dengan makanan ringan Jepun. Dengan perbelanjaan RM100 di kedai khusus Pavilion KL, pembeli boleh menebus baucar tunai Tokyo Street bernilai RM10.
- Foto – Pavilion KL
Pemegang kad Maybank pula yang membelanjakan RM150 di Tokyo Street atau kedai khusus RM300 Pavilion KL dalam satu resit akan layak menerima mangkuk seramik Jepun dengan penyepit percuma.
Untuk maklumat lanjut mengenai Tokyo Street, layari di [SINI].