Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Nak Pergi Kerja, Date, Brunch? Gayakan Bibir Kamu Mengikut Kesesuaian

by Lisa AG
July 28, 2022
Foto - Fit & Elegant

Foto - Fit & Elegant

19
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sudah tiba masanya kamu menyerlahkan bibir kamu dengan pelbagai rona yang menawan untuk gincu kegemaran. Almaklumlah selepas lamanya bibir terselindung di sebalik pelitup muka, sekarang tayangkan kepada dunia…

Nak beritahu, sempena Hari Gincu Antarabangsa yang jatuh pada 29 Julai, Lazada meraikan hari istimewa tersebut dengan menawarkan diskaun sehingga 7% dan ‘tawaran kurang dari RM25’ khas daripada jenama kecantikan kegemaran ramai.

Jika kamu membuat pembelian bermula dari 26 Julai dan sepanjang tempoh kempen, kamu boleh nikmati Pulangan Tunai LazCoins sehingga 60% dan 50% baucar jenama (tanpa perbelanjaan minimum!).

Sama ada bersolek untuk tugasan di pejabat, brunch bersama rakan-rakan, atau berdandan untuk date istimewa dengan tersayang, ini beberapa idea gincu dari Lazada untuk menyerlahkan bibir kamu.

Gaya Untuk Tugasan Harian

Warna neutral dan merah jambu lembut sesuai kamu gayakan bagi tugasan harian. Rupa neutral dapat mencetuskan keanggunan pada penampilan kamu dan memudahkan kamu untuk memadankan gaya pakaian.

Foto – Maybelline

Maybelline Color Sensational Ultimatte Slim Lipstick pula merupakan satu pilihan ideal bagi mereka yang mengidamkan warna rapi flawless dan kemasan powdery matte yang selesa.

Foto – Benefit Cosmetics

Jika bibir merekah, cuba Benefit California Kissin’ ColorBalm Moisturising Lip Balm. Formula dengan mentega mangga dan hyaluronik dapat membantu bibir kekal lembab, licin dan terlindung sehingga 8 jam, khususnya dalam pejabat berhawa dingin.

IKLAN

Jom Keluar Hujung Minggu

Bruch bersama geng sejati? Cuba warna merah jambu atau coral untuk menyerlahkan personaliti kamu. Cuba padankan dengan dress yang sesuai dengan cuaca tempatan, wedges atau sandal bertali dan beg tote yang comel!

Foto – Etude House

Di sini, kamu boleh cuba ETUDE Fixing Tint. Dicipta untuk memastikan ianya tidak melekat pada pelitup muka, koleksi ini diperkayakan dengan Vitamin E, yang melembabkan bibir dan memberikan rasa ringan.

Foto – Peripera

Satu lagi alternatif ialah PERIPERA Ink Velvet. Pewarna bibir diadun dengan minyak jojoba, hyaluronik, dan kolagen marin yang mampu melembapkan bibir di samping menanggalkan sel kulit mati. Tidak hairanlah ianya menjadi pilihan ramai.

Date Istimewa atau Ladies Night

Untuk malam yang istimewa memerlukan penampilan yang menawan dan anggun. Jadi, apa kata beranikan diri dengan mencuba warna berry, asalnya yang gelap, lari daripada warna kebiasaan kamu.

Foto – Mac Cosmetics

MAC Matte Lipsticks adalah pilihan tepat kerana ia mempunyai formula yang kaya berkrim untuk litupan penuh, dengan warna menyerlah dan kemasan matte. Juga terdapat dalam versi Retro Matte yang tahan sehingga 12 jam dengan kemasan matte tanpa sinar atau Powder Kiss yang menampilkan kemasan matte tampak lebih padu namun masih terasa ringan dan selesa.

Foto – Palladio

Satu lagi, idea DIVA Palladio Casey Holmes Matte Liquid Lip Colour. Yang diperkayakan dengan aloe, vitamin E, antioksidan, dan kompleks vitamin eksklusif. Dicipta oleh YouTuber Casey Holmes, rangkaian tiga warna matte yang kaya berkrim namun ringan ini boleh disapu pada bibir dengan mudah, dan menjanjikan kemasan kalis pemindahan serta daya tahan.

Info lanjut, pergi saja ke www.lazada.com.my.

Tags: hari gincu sedunialipstick daylipstick lazada
Share8SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Nak Pergi Kerja, Date, Brunch? Gayakan Bibir Kamu Mengikut Kesesuaian

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.