Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Jom Step-Up The Game Dengan Cuba Trend Eyeliner Yang Unik & ‘Pelik’

by Soph.Azz
July 28, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

10
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tak dinafikan ramai yang setia dengan wing liner yang klasik; tetapi tak salah jika kamu cuba-cuba atau sertai trend eyeliner yang unik dan pelik yang sedang tular sekarang ini kan?

Sama ada bereksperimen dengan warna atau tambah kelainan pada eyeliner sedia ada; beberapa trend eyeliner ketika ini dapat mencipta penampilan yang lebih fresh dan timeless.

Untuk yang mahu cuba-cuba dan sertai trend eyeliner yang unik dan pelik pada pertengahan tahun 2022 ini, DIVA kumpulkan beberapa look yang boleh kamu cuba di bawah;

Black Swan 

Foto – Pinterest

Lukiskan wispy strokes yang memberikan ilusi mata yang lebih panjang di bahagian atas dan bawah mata. Selepas itu tambahkan kesan seperti bulu pelepah bermula di bahagian tengah hingga hujung.

Wavy Lines

Foto – Pinterest

Mix and match warna eyeshadow kamu dengan eyeliner. DIVA sarankan kamu lakukan wavy lines menggunakan eyeliner putih untuk lebih menonjol. Kemudian boleh juga tambahkan dots atau bentuk-bentuk kegemaran kamu.

Lace Shape 

Foto – Pinterest

Pada permulaannya, lukiskan liner seperti biasa tetapi wing perlu senget ke bahagian atas sedikit. Kemudian bentukkan satu lagi garisan melengkung di atas crease, dan hujungnya pula sambungkan dengan wing liner tadi. Bahagian atas crease, lukiskan bentuk beralun seperti renda.

IKLAN

Straight Liner 

Foto – Pinterest

Ala-ala Gigi Hadid, kamu boleh tiru semula gaya tersebut dan tambahkan satu lagi garisan lurus  betul di bawah garis mata bawah okay?

Minimal Glam 

Foto – Pinterest

Sedikit berbeza dan unik, lukiskan garisan lurus betul di bawah hujung kening, bentuk ‘L’ terbalik di bahagian pangkal mata dan segi tiga di hujung mata.

Extended Lines

Foto – Pinterest

Untuk nampak lebih bold, lukiskan liner yang agak tebal seperti di atas. Kemudian selari dengan liner di hujung mata, lukiskan dua garisan di bawahnya dalam bentuk separa tebal.

Round & Curve

Foto – Pinterest

Bermula dari garis bulu mata di bawah, lukis garisan secara tebal dan lukiskan secara menipis di pangkal mata. Bahagian garis mata atas pula, tebalkan garisannya sambil membentuk lekukan dan garis secara membulat di atas crease.

Arches & Arrows

Foto – Pinterest

Lukiskan liner seperti biasa, kemudian tambahkan garisan yang sama secara berganda di atasnya; satu di atas crease dan satu lagi di bahagian crease. Untuk kesan ilusi bulu mata pula, lukiskannya di garis mata bawah.

Selain eyeliner hitam, kamu juga boleh ubahnya ke beberapa warna kesukaan kamu tau. Selamat mencuba!

Tags: bentuk eyeliner pelikeyelinereyeliner trend
Share4SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Jom Step-Up The Game Dengan Cuba Trend Eyeliner Yang Unik & ‘Pelik’

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.